Semakan Kemasukan PLKN 2017 Secara Online dan SMS

Semakan Kemasukan PLKN 2017 Secara Online dan SMS|UNTUK makluman anda, kini Semakan PLKN 2017 Online Dan SMS Serta Senarai Penempatan Pelatih boleh disemak. Bagaimana hendak membuat semakan penempatan pelatih PLKN 2017? Kerajaan telah memperkenalkan lima modul dan tiga sub-modul dalam Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul baru latihan PLKN boleh dirujuk di Modul PLKN 2.0.

Semakan Kemasukan PLKN 2017 Secara Online dan SMS

Pemilihan Pelatih PLKN 2017 (2.0)

Dasar pemilihan baru pelatih adalah secara sukarela bagi murid tingkatan 5 yang berminat melanjutkan latihan kemahiran teknikal. Disamping itu, pencalonan murid juga boleh dicalonkan oleh guru-guru dan perlu mendapat persetujuan kebenaran ibu bapa terlebih dahulu.

Kriteria Pemilihan

-Pencalonan terbahagi kepada 2 jenis iaitu permohonan sukarela melalui sekolah dan pencalonan guru-guru.

-Pencalonan adalah daripada murid Tingkatan 5 yang berminat untuk ke fasa 2 iaitu menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran

-Calon mestilah Warganegara Malaysia
Pencalonan mengikut pecahan kaum dan jantina yang bersesuaian bilangan sekolah di setiap negeri dan komposisi kaum di sekolah-sekolah

-Pencalonan adalah bagi tahun 1999 dan permohonan sukarela terbuka bagi tahun kelahiran 1997 dan 1998

Proses pemilihan akan memberikan keutamaan kepada calon sukarela dan berminat ke Fasa 2. Walau bagaimanapun proses penempatan adalah tertakluk kepada keputusan JLKN bergantung kepada jumlah pemilihan bagi tahun tersebut.

Semakan PLKN 2017 Secara Online Dan SMS

A) Semakan secara online

1. Anda hanya perlu melayari laman yang diberikan di bawah ini untuk menyemak sama ada anda terpilih atau tidak melalui portal rasmi:
http://www.khidmatnegara.gov.my

2. Kemudian anda perlu memasukkan 'No. Kad Pengenalan' anda. Anda sudah boleh terus menyemak sama ada anda terpilih atau tidak.

B) Semakan secara SMS

Semakan Calon : Taip PLKN SEMAK [No KP anda] dan hantarkan ke 15888
Semakan Kem : Taip PLKN KEM [No KP anda] dan hantarkan ke 15888

Semakan Penempatan Pelatih

Untuk pengetahuan anda semua, tempoh latihan Khidmat Negara di kem penempatan yang telah ditetapkan akan bermula 18 Mac 2017 hingga 16 Mei 2017 selama tempoh 2 bulan melibatkan pelatih kumpulan 1 siri 14 tahun 2017.

Manakala 15 Julai 2017 hingga 13 September 2017 adalah untuk panggilan kumpulan 2.

Kumpulan terakhir iaitu kumpulan 3 pula akan bermula 30 September 2017 hingga 28 November 2017.

Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.