Bahaya Kesan Tidur Dalam Kereta Yang Mampu 'Membunuh'

Bahaya Kesan Tidur Dalam Kereta Yang Mampu 'Membunuh'|PERNAHKAN anda alami tidur dalam kereta? Mestilah anda pernah kan! Lebih selesa lagi kalau ada bantal kecil dalam kereta. Kalau boleh, nak tidur sejam dua jam sahaja. Tapi tahukah anda bahawa disebalik kesan bahaya tidur dalam kereta kerana ianya boleh 'membunuh' anda sendiri tanpa sedari?

Bahaya Kesan Tidur Dalam Kereta Yang Mampu 'Membunuh'

Dikatakan banyak kes orang mati disebabkan masalah tertidur di dalam kereta tanpa sedari sepertimana dilaporkan. Namun, masih ramai orang yang tidak ambil peduli dan memandang remeh dan yang lebih malang ada yang menganggap dakwaan itu adalah karut semata-mata. Dah kena sendiri menyesal pon dah tak berguna!

Sebagai contoh, bila rumah atau pejabat putus bekalan elektrik, ramai yang keluar dan hidupkan enjin kenderaan dan penghawa dingin, kononnya panas. Begitu juga di hentian Rehat dan Rawat (RNR) lebuhraya terutamanya waktu malam. Ramai yang tidur dalam kereta sambil enjin kereta dan penghawa dingin dihidupkan. Tahukah anda kesan bahayanya?

Perlu tahu bahawa, bahaya tidur dalam kereta jika:
Enjin ON, penghawa dingin ON, tingkap tertutup rapat
Enjin OFF, penghawa dingin OFF, tingkap tertutup rapat

Bila enjin kenderaan dihidupkan dan berada dalam keadaan terbiar begitu saja dalam jangka masa yang panjang, kebocoran gas CO (karbon monoksida) daripada ekzos boleh masuk ke dalam kereta.

Disini terdapat dua cara CO boleh membunuh:

1. Ianya menyerap ke dalam darah bersama oksigen dan dipam ke seluruh badan dan merosakkan organ.

2. CO akan bergabung dengan oksigen membentuk CO2 (karbon dioksida). Maka oksigen yang tinggal akan berkurangan dan penambahan gas CO2 akan menyebabkan keracunan. Lebih teruk orang selalu tutup tingkap rapat bila penghawa dingin dihidupkan dan sebab nak tidur. Kalau enjin dimatikan, tetapi tingkap tutup rapat akan menyebabkan kekurangan oksigen.

Boleh kalau nak tidur dalam kereta tetapi tingkap perlu dibuka sedikit, cukup sekadar tangan dari luar tak boleh masuk. Jika dibuka besar sangat, bimbang penjenayah pula yang akan menghampiri anda. Selain itu, letakkan kenderaan anda di tempat yang selamat dan ramai orang bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pernah terasa pening bilamana terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas?

Ada yang menyangka mungkin kenderaan kerap berhenti dan bergerak membuatkan anda pening kepala. Tetapi punca sebenarnya adalah kerana keracunan gas CO.

Semasa kesesakkan lalu lintas, penghasilan gas CO akan terhasil lebih banyak bila banyak kenderaan berkumpul bersama.

Apa yang anda perlu lakukan bila terasa pening semasa terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas ialah, buka tingkap kenderaan seketika dalam 30 saat. Berikan ruang untuk oksigen masuk sedikit dan keluarkan CO dari kabin.

Semoga bermanfaat!

1 comment:

  1. kalau dah terlampau penat macam mana jugak kan....

    ReplyDelete

Powered by Blogger.