Honda Bakal Mengadakan Pemeriksaan Kereta Secara Percuma

Honda Bakal Mengadakan Pemeriksaan Kereta Secara Percuma|UNTUK makluman anda, sempena sambutan musim perayaan yang tidak lama lagi, kebanyakkan orang sedang sibuk melakukan persiapan untuk balik ke kampung kan? Sebelum anda memandu pulang ke kampung halaman masing-masing, bolehlah anda periksa kenderaan anda secara percuma yang ditawarkan oleh Honda Malaysia.

Honda Bakal Mengadakan Pemeriksaan Kereta Secara Percuma

Honda Malaysia akan mengadakan pemeriksaan kenderaan secara percuma kepada semua pengguna jalan raya bermula dari 15 hingga 17 Jun 2017 bermula 8 pagi hingga enam petang. Sebanyak 32 bahagian pemeriksaan dibuka di beberapa buah stesen minyak Petron terpilih di seluruh negara.

Antara bahagian yang diperiksa ialah paip penyalur radiator, cermin hadapan dan belakang, cecair stereng kuasa, keadaan bateri, minyak enjin, cecair brek, lampu brek dan macam-macam lagi.

Servis pemeriksaan ini bakal ditawarkan kepada semua jenama kenderaan, dan mengambil masa selama 10 hingga ke 15 minit sahaja.

Jom apa tunggu lagi! Jangan lepaskan peluang terbaik ini hanya di Honda Malaysia sahaja.

Berikut adalah lokasi dan jadual pusat pemeriksaan Honda:




2 comments:

  1. Wah bgs juga dsediakan mcm ni, abis isi minyak atau nmpk petron yg tlibat dlm servis check kreta ni boleh la singgah sbentar sblm mulakan pjalanan kan =)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.