Apa Perbezaan Main Saham dan Forex?

Apa Perbezaan Main Saham dan Forex?|TAHUKAH anda tentang saham atau forex? Apa sebenarnya saham dan forex dan manfaat kedua-dua tersebut? Baik! Saham dan Forex sebenarnya merupakan dua perkara yang nampak sama, tetapi hakikat amat berbeza sama sekali. Apa yang membezakan antara saham dan forex adalah Saham melibatkan syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia manakala Forex pula merupakan tukaran mata wang asing dunia.

            Apa Perbezaan Main Saham dan Forex?

Apa Perbezaan Main Saham dan Forex?

Hakikatnya ramai yang menggelarkan main saham ataupun main forex, tapi selaku pelabur yang serius, biasanya mereka menggelarkan pelabur saham dan juga forex trader.

Ketahui Cara Main Saham dan Forex

Antara perbezaan ketara yang boleh dilihat adalah seperti berikut:

1. Untuk urusan jual beli saham, pelabur perlu mendaftar terlebih dahulu dengan Bursa Malaysia. Tetapi berbeza pula dengan forex, jika melabur dalam Forex hanya perlu mendaftar dengan broker-broker forex yang sedia ada dan dipercayai secara online.

KLIK>> Dapatkan Teknik Saham Terbaik

2. Saham melibatkan syarikat-syarikat yang tersenarai di papan Bursa Malaysia, tetapi forex hanya melibatkan matawang asing seperti USD, EURO, GPB dan sebagainya.

3. Urusan jual beli saham hanyalah pada waktu bekerja sahaja dan hanya sehingga pukul 6.00 petang sahaja. Tetapi berbeza urusan forex yang berlaku selama 24 jam kecuali hari Sabtu dan Ahad.

4. Keuntungan saham adalah melalui keadaan prestasi syarikat berkenaan, manakala forex pula adalah berdasarkan prestasi mata wang dunia.

5. Transaksi boleh dilakukan terus menerusi online banking di Malaysia ataupun melalui remiser-remiser saham yang ada. Bagi forex pula deposit perlu melalui broker-broker yang ada dan segala urusan deposit dan withdraw adalah melalui broker.

Secara totalnya, walaupun kedua-dua perlu mempunyai asas yang sama, tetapi teknik untuk mendapat keuntungan mungkin agak berbeza. Jika anda memilih jalan yang salah, kemungkinan anda akan mengalami kerugian yang amat besar nanti.

Bagi anda ingin mendapatkan ilmu saham terbaik, anda boleh dapatkan ebook Sistem Saham supaya anda boleh menjadi seorang pelabur saham yang berjaya.

KLIK>> Dapatkan Panduan Main Saham Mulai Sekarang!

No comments

Powered by Blogger.