Sinopsis Drama Hero Seorang Cinderella

May 03, 2017
NANTIKAN drama akan datang adaptasi novel Hero Seorang Cinderella karya Anjell yang akan disiarkan di slot Mega Drama (Astro Ria). Diterajui oleh pelakon hebat seperti Fattah Amin dan Fazura sebagai pelakon utama. Drama bersiri arahan Michael Ang ini juga dibintangi pelakon seperti Uqasha Seinrose, Datin Zizie Ezette, Lisdawati dan Jasmine Suraya Chin.

Baca juga:
Lirik Lagu Fattah Amin ft. Fazura - Hero Seorang Cinderella

              Sinopsis Drama Hero Seorang Cinderella

JUDUL : HERO SEORANG CINDERELLA
TARIKH / MASA : 22 Mei 2017
SIARAN TV : Slot Mega Drama (Astro Ria)
PENULIS NOVEL : Anjell
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Fazura, Uqasha Senrose, Zizie Izette, Iswan Ismail, Jasmine Suraya, Lisdawati, Aedy Ashraf, Fikri Ibrahim

WATAK PELAKON
Fattah Amin sebagai Tengku Ian Uzzam
Fazura sebagai Nura Medina
Uqasha Senrose sebagai Puteri Emallyn
Fikry Ibrahim sebagai Farizzam
Jasmine Suraya Chin sebagai Zuyyin
Iswan Ismail sebagai Luke
Aedy Ashraf sebagai Darius
Zizie Ezette sebagai Datin Sri Mawar
Lisdawati sebagai Puan Ayana

SINOPSIS HERO SEORANG CINDERELLA

Kisah seorang Cinderella bernama Nura Medina dan hero, Tengku Ian Uzzam.

Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.

Nura Medina hidup bersama ibu tiri, Datin Mawar dan kakak tiri, Puteri selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Datuk Azizan. Hubungan Medina dengan ayahnya tak begitu rapat kerana selalu dihasut oleh Datin Mawar. Sehingga dia difitnah lalu dihalau keluar rumah oleh Datuk Azizan. Walau apa yang terjadi Tengku Ian selalu dalam hidupnya, muncul sebagai hero penyelamat.

You Might Also Like

0 comments

My Special Bloglist

My BlogList