Semakan Permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M 2017

INGIN tahu bilakah tarikh pelajar akan menerima atau mendapat Kad Debit Pelajar (KADS1M) yang telah dimohon baru-baru ini dari bulan Februari 2017. Disini saya akan kongsikan Cara Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M 2017.

Semakan Permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M 2017

Semakan Permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M 2017

Untuk makluman, dua (2) daripada sembilan (9) batch Kad Debit Pelajar (KADS1M) telahpun dikeluarkan. Manakala batch terakhir akan hanya dikeluarkan sekitar bulan September 2017.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan status KADS1M 2017 anda:

1-Telefon Bank Rakyat Hotline di 1 300 80 5454

2-Pilih 'Bahasa'

3-Key in “1” untuk status permohonan KADS1M

4-Key in No Kad Pengenalan dan tunggu sehingga panggilan anda diangkat

5-Beritahu receptionist yang anda ingin menyemak status permohon Kad Debit Pelajar anda.

6-Pastikan memberikan maklumat lengkap anda seperti yang diperlukan
Jika permohonan anda tidak terdapat dalam sistem, minta pandangan mereka bagaimana cara untuk memohon semula KADS1M.

7-Jika permohonan anda terdapat dalam sistem. Anda hanya perlu menunggu arahan/ dokumen selanjutnya daripada Bank Rakyat.

Info Lanjut:

Sebarang pertanyaan mengenai KADS1M, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 80 5454.

Semoga bermanfaat!

0 comment... add one now