Panduan Mudah Untuk Pandai Berenang

Panduan Mudah Untuk Pandai Berenang|ADAKAH anda seseorang yang meminati dengan aktiviti berenang? Adakah anda seorang yang pandai berenang? Tahukah anda masih ramai orang yang masih belum pandai berenang dari kegiatan air ini. Anda ingin dapatkan tips atau teknik yang betul untuk pandai berenang?

              Panduan Mudah Untuk Pandai Berenang

Jom dapatkan ebook 'Panduan Cara Berenang Yang Mudah'

Sebelum itu, anda perlu ingat untuk patuhi semua peraturan di kolam renang. Jika anda belum boleh berenang, pastikan ada pengajar yang sudah pandai berenang dan dapat membantu anda sewaktu berenang.

Diingatkan, anda kena tahu terlebih dahulu mengapa anda mengalami kesulitan belajar, atau mengapa anda tidak boleh berenang sampai usia dewasa. Kebanyakan alasan yang menjadi kebiasaan orang ramai adalah "rasa takut" atau "takut tenggelam". Oleh kerana itu, anda perlu berhenti menganggap air di kolam renang atau laut sesuatu  yang mengerikan.

              Panduan Mudah Untuk Pandai Berenang

Teknik Mudah Untuk Pandai Berenang

1- Pastikan pilih kolam renang yang cetek/dangkal, dan mula bermainlah dengan mainan air dan bergerak-geraklah di air untuk mendapatkan perasaan selesa.

2- Cuba lihat ke dalam air dengan menyelam sedikit wajah ke air, meskipun masih dalam kedudukan berdiri.

TEKNIK AMBIL NAFAS

Teknik bernafas adalah salah satu kesalahan yang banyak saya temui pada perenang. Cara yang betul adalah apabila wajah kita di dalam air kena buang nafas melalui hidung. Lalu apabila wajah anda di luar air, tarik nafas dengan menggunakan mulut. Latih di kolam cetek sehinggalah anda benar-benar yakin berenang.

TEKNIK MENGAMBANG

Ingin tahu bagaimana cara mengambang. Mulakan di dalam kedalaman kolam yang airnya setinggi dada anda, lalu gerakan tangan di kedua-dua sisi badan untuk mempertahankan badan tetap tegak di air. Buatlah gerakan melingkar dengan kedua tangan (tangan kanan arah jarum jam, dan tangan kiri arah melawan arah jam), satu persatu bergantian. Lakukan hal yang sama dengan kedua-dua kaki anda hingga merasa badan melayang atau terapung di air.

TEKNIK 'DOGGIE PADDLE'

Merupakan gaya renang yang paling mudah untuk dipelajari pada peringkat permulaan kerana hanya menggerakkan kaki dan tangan seperti anjing semasa berenang, atau disebut 'doggie paddle'. Iaitu dengan menendangkan kaki dan tangan untuk membuat badan maju.

Bagi anda yang kurang jelas atau samar-samar cara nak berenang yang betul. Anda semua kena baca ebook di sini. Dengan adanya ebook ini, anda akan mengetahui bagaimanakah teknik yang betul untuk belajar berenang.

Bagi anda yang ingin dapatkan 'Panduan Mudah Untuk Pandai Berenang', boleh dapatkan ebook melalui di DISINI.

KLIK>> Panduan Mudah Untuk Pandai Berenang

2 comments.. read them below or add one

PeRdU cINta PeRdU cINta May 17, 2017
Teringin nak berenang.. :)
Lokman Hakim Lokman Hakim May 18, 2017
boleh beljaq berenang dari sekarang PC...