Kenali Alpha-One Telefon Pintar Mewah Lamborghini

Kenali Alpha-One Telefon Pintar Mewah Lamborghini|KINI, Tonino Lamborghini telah mengeluarkan model baharu smartphone iaitu Alpha-One, sebuah telefon pintar mewah berjenama Itali. Dilancarkan baru-baru ini di suasana istana di Turandot Palace, Moscow, Russia. Apa yang menarik ada pada smartphone Alpha-One ini? Jom kenali Alpha-One dibawah!

               Kenali Alpha-One Telefon Pintar Mewah Lamborghini

Alpha-One telah direka dan dicipta oleh Tonino Lamborghini, pembuat barangan mewah untuk syarikat Lamborghini. Alpha-One menggunakan bahan-bahan eksotik, sama seperti yang boleh didapati pada kereta Lamborghini. Ia menggunakan liquid metal, iaitu suatu jenis bahan besi aloi yang lebih kuat daripada titanium, yang boleh melindungi peranti ini dari gegaran dan kegunaan lasak setiap hari.

Bahagian belakangnya pula dibaluti dengan kulit yang dijahit oleh tukang jahit mahir dari Itali. Lambang masyhur "Raging Bull" terpapar di bahagian belakang yang dijahit dengan sulaman emas bagi melengkapkan kemewahan rupa telefon pintar ini.

               Kenali Alpha-One Telefon Pintar Mewah Lamborghini

Dari segi teknologi pula, Alpha-One memberikan pengalaman premium dengan sistem bunyi Dolby Audio yang memberikan suasana bunyi 3D. Selain itu, mempunyai kamera hadapan 8MP dan kamera utama 20MP dengan kualiti gambar ala pro yang dilengkapi sistem penstabil imej optik. Skrinnya ialah WQHD (1440 × 2560) AMOLED, berukuran 5.5 inci. Sensor cap jari berada pada bahagian belakang untuk keselesaan dan kemudahan penggunaan.

Bagi processor pula ialah dari Qualcomm Snapdragon 820, dengan RAM 4GB dan memori dalaman 64GB. Sistem operasinya pula mengikut yang latest ialah Android Nougat (7.0). Kapasiti baterinya pula ialah pada 3250 mAh, memberikan 13 jam masa perbualan.

Memang menarik ada pada smartphone Alpha-One keluaran Lamborghini! 

4 comments:

  1. Wahhh.... menarikkkkk sangat. Tapi hanya mampu tengok je ni. Hehe

    ReplyDelete
  2. Cantik! I wonder how much would it cost.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti mahal...tpi mmng nampak gempak fon ne

      Delete

Powered by Blogger.