Insurans Bakal Naik Mulai 1 Julai Ini?

KINI, Bank Negara Malaysia (BNM) dilaporkan akan melaksanakan langkah liberalisasi tarif insurans motor. Menurut agensi berita nasional Bernama, ia akan melibatkan pengenalan penetapan harga fleksibel untuk produk insurans kenderaan komprehensif dan insurans kebakaran dan kecurian kenderaan yang akan mula dikuat kuasakan pada 1 Julai, 2017 ini. Walaupun begitu, premium bagi produk motor pihak ketiga (3rd party) akan terus tertakluk kepada kadar tarif.

                 Insurans Bakal Naik Mulai 1 Julai Ini?

Berkuatkuasa 1 julai ini jumlah premium yang perlu dibayar akan mengambilkira bukan hanya nilai kenderaan dan kapasiti enjin, tetapi juga akan mengambil kira banyak faktor risiko lain seperti umur kenderaan dan juga umur pemandu serta ciri ciri keselamatan kenderaan, lokasi geografi malahan juga kesalahan lalulintas yang pernah dilakukan pemandu. Kesemua ini akan menentukan profil risiko pemegang polisi bagi menentukan jumlah premium.

Dalam erti kata lain, semakin tinggi risiko kemalangan anda, semakin banyaklah yang perlu dibayar untuk premium insurans.

Impak akhir mungkin hanya akan dapat dilihat setelah pengenalannya kelak, namun begitu mungkin boleh dijangkakan bahawa golongan yang paling terkesan adalah mereka yang memiliki kenderaan yang lebih berusia atau yang tidak memiliki ciri ciri keselamatan pasif seperti penggera kecurian, sistem brek ABS and juga kawalan cengkaman ECS contohnya. Mungkin kategori ini perlu diperhalusi dan ditawarkan pakej khusus demi kepentingan awam.

Apapun diharapkan perlaksanaan liberisasi ini akan diteliti sehalus halusnya oleh penanggung insurans dan pengendali takaful begi menjaga kepentingan umum tanpa melihat hanya pada margin keuntungan sahaja.

0 comment... add one now