Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah

UNTUK makluman kepada pelajar yang mengambil PT3 2017, kini anda perlu menyiapkan tugasan Sejarah PT3 2017 berkaitan 'Peristiwa Bersejarah'. Pada tahun 2016, tugasan adalah berkaitan dengan bangunan bersejarah. Apakah yang anda perlukan untuk menyiakan tugasan ini?

Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah

Berikut adalah dikongsikan soalan tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 yang bertajuk Peristiwa Bersejarah. Untuk tahun 2017,  pelajar PT3 Tingkatan 3 dikehendaki untuk membuat satu kajian tentang 'Peristiwa Bersejarah di Tempat Tinggal Anda'.

Petikan berikut menerangkan konsep peristiwa bersejarah:

Anda dikehendaki membuat kajian tentang satu peristiwa bersejarah di tempat tinggal anda. Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.


Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut :-

a) Tajuk Kajian
b) Nama Penulis
c) Isi Kandungan
d) Rumusan
e) Sumber Rujukan
f) Membentangkan Laporan Hasil Kajian

Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah

Langkah permulaan dalam membuat tugasan adalah dengan pelajar memilih peristiwa bersejarah yang ingin dikaji.

a) Tajuk Kajian (Mengikut kreativiti anda sendiri)

Diantara tajuk lain yang bersesuaian adalah seperti berikut :-

1-Peristiwa, bencana alam atau tragedi seperti tanah runtuh, banjir kilat, gempa bumi, fenomena El-Nino, kemarau dan kemalangan maut yang meragut banyak nyawa.

2-Peristiwa bersejarah : Pembunuhan JWW Birch, Perang Larut

3-Peristiwa berlaku di sekolah seperti Hari Sukan, Minggu Kokurikulum, Hari Guru, Hari Anugerah Kecemerlangan, Hari Koperasi Sekolah, Sukan Karnival

4-Penganjuran acara besar-besaran seperti Lumba basikal Le Tour De Langkawi, Pertunjukkan LIMA Sambutan Hari Kemerdekaan dan Festival Layang-Layang.

5-Acara, aktiviti, sambutan yang diadakan di kawasan tempat tinggal anda seperti festival, pertandingan, gotong-royong, pembinaan masjid, majlis perasmian dan kejohanan sukan. 

b) Nama Penulis (Nama anda)

c) Isi Kandungan

1-Pengenalan (menerangkan tentang latar belakang peristiwa bersejarah di tempat anda)

2-Menjelaskan faktor berlakunya peristiwa bersejarah

3-Menerangkan peristiwa bersejarah secara kronologi

4-Menilai kesan/impak peristiwa bersejarah terhadap diri, masyarakat dan negara

5-Menjelaskan iktibar yang diperoleh dari peristiwa bersejarah

d) Rumusan (pengetahuan, nilai dan harapan yang diperoleh)

e) Sumber Rujukan (sumber yang diperoleh seperti internet, buku, jurnal, majalah, orang sumber)

Semoga dapat membantu kepada calon PT3 2017 yang menjalankan kajian tentang peristiwa bersejarah!

0 comment... add one now