Cara Mendaftar Akaun PayPal Dengan Mudah

May 04, 2017
Cara Mendaftar Akaun PayPal Dengan Mudah|APA anda faham tentang PayPal? Ingin tahu cara mendaftar akaun PayPal dengan mudah? PayPal merupakan online banking dan online debit card. Kelebihan utama PayPal ini adalah ia telah diiktiraf oleh Bank Negara dan digunakan secara meluas di serata dunia.

Cara Mendaftar Akaun PayPal Dengan Mudah

Disini saya akan kongsikan cara mendaftar akaun PayPal dengan mudah.

Cara Mendaftar Akaun PayPal Dengan Mudah

1-Firstly, anda perlu ke laman web https://www.paypal.com/my/home

2-Klik 'Sign Up Now'. Kemudian, Create Your PayPal Account. Ada dua pilihan sebelah kiri dan kanan:

Sebelah kiri untuk menerima dan transfer wang. Manakala, sebelah kanan bagi yang ingin buka akaun business (bagi yang ada business dan website)

3-Isi borang maklumat dengan betul dan tepat. Masukkan maklumat seperti berikut:

Country: Cth: Malaysia
Email: Isi email anda yang disahkan
Password: Isi password yang mudah anda ingat
Re-enter Password: Isi semula password tersebut

4-Masukkan kod verifikasi yang tertera dan klik 'Continue'

5-Satu form lagi yang anda perlu isikan maklumat dengan lengkap

First Name: Isi nama depan anda
Middle Name
Last Name: Isi nama belakang anda
Date of Birth: Bulan/Tarikh/Tahun
Nationality: Isi negara anda, Cth: Malaysia
Address Line 1: Isi alamat tempat tinggal anda
Address Line 2 (optional): Pilihan tambahan
City: Isi bandar/wilayah anda
State: Isi negeri anda
Postcode: Isi poskod daerah/wilayah anda
Mobile: Isi No. Telefon anda

6-Kemudian, tick kotak kecil tersebut dan klik 'Agree and Create Account'

7-Selepas itu, tunggu email untuk aktifkan akaun PayPal anda. Buka email dan klik link pengesahan akaun anda

8-Siap mendaftar akaun PayPal anda. Anda dibawa bahagian 'Verify Akaun PayPal' dan juga 'Verify Akaun Bank/ Kad Debit' anda

Cara Verify Akaun PayPal

A) Cara link dengan akaun bank tempatan

1-Pada menu bar atas sekali, klik pada 'Wallet'

2-Kemudian, klik 'Link a Bank Account' dan terpapar satu borang untuk diisi maklumat dengan lengkap

3-Pada bahagian MEPS Bank Rounting Code, klik 'Details' dan masukkan kod bank yang tertera

4-Isikan 'Account Number' dan 'Re-enter Account Number' dengan tepat. Kemudian, klik 'Continue'

5-Untuk verifikasi akaun anda, ada bank hantar kod melalui SMS, ada E-mail dan ada melalui panggilan

6-Selesai sudah verify akaun PayPal anda

Apakah Kelebihan Verify Akaun PayPal?

1-Anda boleh withdraw duit dari PayPal ke akaun bank anda disebabkan anda sudah link-kan akaun PayPal dengan akaun bank

2-Tiada limit untuk withdraw duit

Selamat mencuba mendaftar akaun PayPal anda!

You Might Also Like

0 comments

My BlogList