10 Jenama Tayar Paling Berharga 2017

KINI, Syarikat perunding termuka dari London, Brand Finance telah mengumumkan hasil kajian mereka terbaru mengenai 10 jenama tayar paling berharga untuk tahun 2017.


Berikut adalah 10 jenama tayar paling berharga untuk tahun 2017:

10 Jenama Tayar Paling Berharga 2017

                BV-tire-1-careta

Bridgestone mengalami kenaikan paling tinggi, 15 peratus kepada USD$7.5 bilion dan ia terus mengetuai industri tersebut sejak dari tahun lalu. Hubungan rapat Bridgestone dengan syarikat kenderaan terkemuka turut membantu penilaian ke atas jenama tayar dari Jepun itu. Contohnya, Maserati telah memilih Bridgestone sebagai tayar rasmi untuk SUV pertama mereka, Levante.

Yokohama pula mengalami penurunan mendadak, turun 11 peratus kepada USD$1 bilion dan pengurangan keuntungan sebanyak 50 peratus dalam separuh tahun pertama 2016. Yokohama memberi alasan menurunan permintaan dan penguncupan jualan kenderaan di Jepun sebagai punca prestasi lemahnya.

Pembuat tayar Perancis, Michelin jatuh kepada tempat kedua walaupun mencatat peningkatan sebanyak tiga peratus atau USD$6.1 bilion sementara tempat ketiga ialah syarikat tayar Jerman, Continental selepas mengalami penurunan empat peratus, iaitu USD$3.6 bilion.

Bagi jenama Goodyear dari USA mengalami peningkatan sebanyak 15 peratus manakala jenama Pirelli dari Italy turut menunjukkan peningkatan sebanyak 12 peratus.

Dalam masa yang sama, syarikat tayar dari negara Asia selain Jepun semakin menunjukkan kemajuan yang ketara. Syarikat Maxxis dari Taiwan dan Hankook dari Korea Selatan sudah mula bertapak kuat di pasaran dunia.

Menarik bukan perkembangan industri tayar dari negara kita?

0 comment... add one now