Resepi Puding Karamel

SUDAH lama betul tak rasa puding karamel. Sedapp pulak rasanya! Malam nih teringin pulak saya nak kongsikan 'Resepi Puding Karamel' khas untuk pengunjung setia blog ini. Jom terjah resepi tersebut dibawah!

Resepi Puding Karamel

Resepi Puding Karamel

Bahan-bahan Gula Karamel:

1/4 cawan gula + 1 sudu besar gula

Bahan-bahan Puding:

5 biji telur, saiz ikut pilihan anda
1 tin susu cair
150ml air
1/4 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila

Cara Membuat Puding Karamel:

Cara Untuk Gula Karamel:

1-Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata.

2-Tuang dalam loyang berukuran 6 inci.

Cara Untuk Puding Karamel:

1-Pertama kali, satukan semua bahan menggunakan whisk.

2-Tapiskan adunan ke dalam loyang gula karamel. Tuang dengan berhati-hati supaya lapisan bawah karamel tidak terjejas.

3-Kemudian, tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak bertakung sewaktu dikukus.

4-Kukus selama 30-35 minit

Selamat mencuba! Memang mudah... 

0 comment... add one now