Resepi Kuih Lapis Yang Mudah

BARU lepas tadi makan kuih lapis, agak-agak dah lama betul tak makan kuih lapis. Disebabkan itu teringin pulak Lokman nak kongsikan 'Resepi Kuih Lapis Yang Mudah' khas untuk anda. Jom lihat resepi tersebut dibawah!

Resepi Kuih Lapis Yang Mudah

Resepi Kuih Lapis Yang Mudah

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
Sedikit pewarna merah dan perisa sos

Cara Membuat Kuih Lapis:

1-Pertama kali, masukkan santan dalam periuk dan panaskan sebentar hingga suam.

2-Masukkan sekali tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.

3-Selepas itu, masukkan santan dalam mangkuk dan gaul hingga tidak berbintil.

4-Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa sos.

5-Kemudian, tuang 1/3 adunan tanpa warna ke dalam loyang berukuran 8 inci yang telah di sapi sedikit minyak. Kukus selama 5 minit dengan api kuat.

6-Lepas lapisan pertama masak, tuang 1/3 adunan merah dan kukus lagi.

7-Ulangi proses hingga dapat 6 lapisan dengan diakhiri lapisan merah.

8-Akhir sekali, angkat dan sejukkan

Selamat mencuba!

0 comment... add one now