Panduan Sebelum Membuat Pembelian Motosikal Baru

April 28, 2017
SESETENGAH daripada anda mungkin baru pertama kali mempunyai motosikal sendiri dan tidak mengetahui apakah motosikal yang terbaik di pasaran. Kesilapan membeli motosikal akan menyebabkan anda akan menyesal dan mengalami kerugian dari segi kewangan serta mungkin anda akan menghadapi masalah dengan motosikal tersebut terutamanya berkaitan dengan kos servis dan membaiki beberapa kerosakan sekiranya berlaku.

Panduan Sebelum Membuat Pembelian Motosikal Baru

Disini saya akan kongsikan tips untuk anda sebelum membuat pembelian motosikal pilihan idaman anda di kedai moto.

1-Pemilihan motosikal idaman berdasarkan kemampuan kewangan

Sebelum anda merancang untuk membeli sebuah motosikal, perkara yang perlu anda beri perhatian adalah mengenai kedudukan kewangan anda. Teliti semula keadaan kewangan anda agar tidak memberi kesan kepada bebanan kehidupan anda selepas membeli motosikal yang baru berdasarkan motosikal pilihan anda dengan melihat harga motosikal tersebut kerana harga motosikal pada masa ini mempunyai harga yang agak mahal.

Anda minat motosikal jenis yang bagaimana? Sebagai pengetahuan anda, motosikal ini mempunyai pelbagai jenis dan bentuk mengikut rekaan pihak pengeluar motosikal itu sendiri. Terdapat motor yang mempunyai pedal klas tangan, gear kaki dan terdapat juga motor yang tidak mempunyai pedal klas tangan tetapi mempunyai pedal gear kaki. Bagi kaum wanita, mereka menyukai motosikal jenis skuter kerana motosikal ini tidak mempunyai pedal klas tangan dan juga pedal gear kaki.

2-Pilih motosikal dari jenama popular

Secara peribadi motosikal yang paling popular sekali di Malaysia adalah daripada jenama Honda dan Yamaha, bagi keluaran tempatan mungkin dari jenama Modenas. Bagi pesaing-pesaing lain adalah seperti Kawasaki, Suzuki, SYM, dan banyak lagi. Apa yang anda lihat banyak sekali motosikal yang digunakan oleh orang ramai di jalan raya dan ia dari jenis keluaran mana? Motor yang banyak sekali digunakan oleh orang ramai, jenama motor itulah yang anda perlu beli kerana motor daripada jenama popular amat lasak dan mempunyai banyak sekali alat ganti yang mudah diperolehi di pasaran.

3-Kunjungi kedai-kedai yang menjual motosikal

Bagi melihat motosikal yang diidamkan dengan lebih jelas lagi, anda boleh datang melawat mana-mana kedai yang menjual motosikal bagi bertanyakan pihak penjual sendiri mengenai motor yang anda idamkan. Pihak kedai tentunya akan melayan anda dengan baik sekali dan anda harus bertanyakan tentang apa sahaja mengenai persoalan berkaitan dengan motor tersebut seperti harga, proses-proses pembelian, warna, insuran, 'free gift' sekiranya ada dan dokumen yang diperlukan oleh kedai. Anda dinasihatkan agar tidak mengunjungi hanya satu kedai sahaja, tetapi berkunjunglah banyak kedai motorsikal untuk melihat harga dan tawaran yang terbaik.

4-Proses pembelian motosikal

Untuk pengetahuan asas anda, proses pembelian motor baru mempunyai tiga pilihan yang berbeza iaitu pembelian secara tunai, bayaran motosikal melalui potongan bank (Aeon Credit), dan bayaran deposit dengan pihak kedai. Sebagai pemahaman yang lebih jelas lagi pembelian secara tunai bererti anda melakukan bayaran keseluruhan harga motosikal tersebut tanpa hutang, bagi pembelian motosikal melalui pihak bank pula, anda perlu melakukan permohonan terlebih dahulu dengan menghantar sekurang-kurangnya tiga bulan slip gaji dan lesen, sekiranya permohonan anda diluluskan (proses dalam anggaran sebulan), anda perlu melakukan bayaran deposit motosikal dan setiap bulan bayaran ansuran motosikal dipotong melalui akaun anda. Proses ini selalunya diuruskan oleh Aeon Credit.

Bayaran deposit dengan pihak kedai pula, anda hanya perlu berurusan terus dengan pihak kedai itu sendiri seperti melakukan bayaran deposit, bukit pendapatan atau slip gaji dan setiap bulan anda perlu melakukan bayaran tunai terus kepada pihak kedai untuk bayaran ansuran bulanan motosikal tersebut.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk anda semua!

You Might Also Like

0 comments

My BlogList