Berapa Jauhkah Sebelum Minyak Habis?

April 07, 2017
JANGAN sesekali ambil risiko memandu kenderaan yang kekurangan bahanapi. Ia mampu menyebabkan kerosakan kenderaan malah kecelakaan. Jarum penunjuk kadar bahanapi dalam kereta anda tidak boleh diharapkan sepenuhnya sebagai panduan mutlak.

                Image result for meter minyak

Pengeluar-pengeluar kereta dikatakan biasanya memperuntukkan ruang sekurang-kurangnya 3.8 liter untuk minyak simpanan rizab yang diperlukan untuk sampai ke stesen minyak.

Selalunya kebanyakan antara kita akan sempat mengisi minyak sebelum kereta tersadai di tepi jalan. Tetapi ada juga yang tidak memperdulikannya dan kemudian terhenti di tengah jalanraya. Ini amat menyusahkan. Ia juga mungkin boleh merosakkan kereta anda. Dan berbahaya jika terhenti di kawasan yang pesat dengan trafik.

Menurut Ed Mosher, seorang pakar prestasi enjin dan bekas mekanik kereta, ada perkara tentang sistem bahanapi yang kita perlu tahu. “Kebanyakkan kereta-kereta baharu menggunakan pam bahanapi dikuasai elektrik, dan bahanapi ini turut menyejukkan pam itu apabila ia digunakan,” jelas beliau.

“Malahan, apabila cuaca panas, dan tahap bahanapi anda rendah, anda menghadapi risiko pengurangan baki bahanapi kerana ia meruap dengan cepat,” tambah beliau.

Cuaca dingin juga boleh menimbulkan masalah jika tahap bahanapi rendah.
“Udara dalam tangki minyak boleh memeluwap, dan ini boleh merosakkan kualiti bahanapi,” kata Mosher.

“Ini boleh menyebabkan masalah suntikan injektor bahanapi, kerana ketulan kristal ais mungkin akan terbentuk pada pam bahanapi, dan ini akan menjejaskan tahap pemanduan. Tetapi ia jarang berlaku walaupun di negara sejuk, kerana terdapatnya bahan tambah dalam bahanapi yang menghalang ia dari menjadi beku. Akan tetapi, ia tetap berisiko.”

Laman web TankOnEmpty.com mengumpul data ini serta maklumat dari pemandu-pemandu untuk mendapatkan jarak sebenar.

Di bawah ialah jarak yang dilaporkan (dalam kilometer) yang boleh dicapai sebelum kereta anda terhenti kerana kehabisan bahanapi.

Toyota RAV-4 = 51.30
Honda CR-V = 53.5
Nissan Teana = 66.81
Nissan X-Trail = 69.42
Toyota Camry = 69.73
Honda Civic = 69.89
Toyota Corolla = 75.14
Honda Accord = 75.39

Ini hanyalah rujukan kasar, dan bukan maklumat yang tepat. Perlu juga diketahui jika anda kerap menggunakan brek dan penekan minyak, kadar penggunaan bahanapi akan meningkat.

You Might Also Like

2 comments

  1. Myvi brp liter pulak. Hehe

    ReplyDelete
  2. Biasanya klau keta buatan malaysia nih lebih kurang 30-40 km boleh lagi die pergi..

    ReplyDelete

My BlogList