5 Pemain Muda Nadi Kekuatan Pasukan Kedah Musim 2017

SEBUT saja tentang bolasepak pasukan Kedah, mesti anda terbayang akan pemergian seorang jurulatih hebat iaitu Tan Cheng Hoe setelah bakal menjadi penolong jurulatih Harimau Malaya. Namun disebalik itu, ada diantara beberapa pemain yang menjadi nadi kekuatan skuad Hijau Kuning musim 2017 ini. Dan tidak dilupakan juga terdapat 5 pemain muda yang mula menyerlah dan menyinar dalam perlawanan Liga Super Musim 2017.

 5 Pemain Muda Nadi Kekuatan Pasukan Kedah Musim 2017

5 Pemain Muda Nadi Kekuatan Pasukan Kedah Musim 2017

Berikut adalah 5 pemain muda nadi kekuatan pasukan kedah musim 2017:


1- Akram Mahinan

Akram Mahinan mula dikenali skuad Hijau Kuning apabila menyerlah dalam skuad utama pasukan Kedah. Selain mempunyai kawalan bola baik dibahagian tengah, beliau juga bijak membuat hantaran ke depan dan membantu barisan pertahanan. Tidak hairanlah Akram Mahinan menjadi taruhan penting skuad Kedah dalam Liga Super Musim 2017.

2- Amirul Hisyam


Amirul Hisyam yang masih berusia muda iaitu 22 tahun telah menyinar selaku posisi bahagian tengah pasukan Kedah. Walaupun musim ini Amirul Hisyam mengalami masalah kecederaan, tetapi setiap kali perlawanan diturunkan beliau menunjukkan kawalan sempurna di bahagian tengah dan bijak mengatur strategi memberi umpanan bola through the box.

3- Syafiq Ahmad


Syafiq Ahmad dikenali selaku bermain posisi penyerang kedua selepas penyerang utama, Ken Ilso. Walaupun masih berusia muda, Syafiq Ahmad merupakan penyerang yang agak berbisa dibarisan serangan kerana dia mampu menjaringkan gol dalam pelbagai sudut.

4- Farhan Roslan


Farhan Roslan yang dikenali dengan jolokan 'Messi Kedah' merupakan pemain sayap pasukan Kedah. Selain mempunyai skill yang licik dan kawalan bola yang baik, beliau juga mempunyai teknik larian yang menarik yang mampu menjaringan gol.

5- Ariff Farhan Isa


Walaupun Ariff Farhan kurang beraksi dalam kancah Liga Super Musim 2017, tetapi kemunculan beliau diatas padang mampu memberi kegerunan kepada pasukan pihak lawan. Bertindak selaku posisi tengah, beliau juga mampu bermain diposisi pertahanan.

Semoga-moga 5 pemain muda pasukan Kedah ini mampu menyinar lebih jauh dan mampu mempamerkan permainan terbaik diatas padang!

0 comment... add one now