11 Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berbahaya

Penarikan dan larangan jualan produk kosmetik daripada pasaran oleh pihak berkuasa bukanlah perkara baru di negara ini. Semalam (12 April 2017) National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) telah mengeluarkan senarai produk yang didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

               11 Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berbahaya

Produk kosmetik yang mengandungi merkuri boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyumbang kepada kerosakan kepada buah pinggang dan sistem saraf. Bagi ibu hamil yang menggunakan produk mengandungi merkuri pula, ia boleh menjejaskan perkembangan otak bayi di dalam kandungan. Merkuri juga turut boleh menjejaskan otak kanak-kanak kecil.

Tretinoin yang digunakan untuk produk merawat jerawat boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan kulit menjadi sangat sensitif kepada cahaya matahari. Hydroquinone pula boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan sekaligus meningkatkan risiko kanser kulit. Selain daripada itu kulit yang disapu dengan hydroquinone menjadi kemerahan, tidak selesa, dan bertukar menjadi sangat sensitif.

Menurut Azwadi Kamarudin, Pegawai Farmasi KKM, kawalan kosmetik di Malaysia sebenarnya telah dijalankan dengan baik oleh Bahagian Penguatkuasa Farmasi, KKM.

Namun begitu ujar beliau, “kami perlukan kerjasama anda para pengguna untuk sama-sama bertindak dalam membanteras kegiatan yang tidak beretika dan tidak bertanggungjawab ini.”

Daripada senarai yang dikeluarkan oleh NPRA, berikut merupakan antara produk yang tidak lagi dibenarkan sama ada diimport, dikilang, diedar dan dijual di negara ini. Pihak berkuasa juga telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan dikeluarkan dari pasaran.

1. Adel Miracle Flawless Serum.
Racun Berjadual yang dikesan : Merkuri

2. Adel Miracle Flawless Serum
Racun Berjadual yang dikesan : Merkuri

3. Ah Beauty Night Cream
Racun Berjadual yang dikesan : Merkuri

4. Dnars Nar Cream – Sensitif
Racun Berjadual yang dikesan : Hydroquinone dan Tretinoin

5. Ellfie Night Cream
Racun Berjadual yang dikesan : Hydroquinone dan Tretinoin

6. Moleek Day Cream
Racun Berjadual yang dikesan : Merkuri

7. NDZ UV Whitening
Racun Berjadual yang dikesan : Hydroquinone

8. Dnars Snow Cream Normal
Racun Berjadual yang dikesan : Hydroquinone dan Tretinoin

9. Tati Skincare Night Cream
Racun Berjadual yang dikesan : Merkuri.

10. Tati SkincareTreatment Cream
Racun Berjadual yang dikesan : Hydroquinone dan Tretinoin

11. Moleek Anti Pigment Cream
Racun Berjadual yang dikesan : Hydroquinone dan Tretinoin

Sebarang pertanyaan tentang produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my atau call  03-78835400. Anda juga boleh menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/.

Anda boleh rujuk senarai penuh produk kosmetik yang dikesan mengandungi radun berjadual bagi tahun 2017 di npra.moh.gov.my.

1 comment... add one now

bahrain bahrain April 13, 2017
merbahya betuk sebab dengan beraninya kuar produk macam ni..