Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2017 LHDN

March 06, 2017
UNTUK makluman anda, tarikh tutup penghantaran borang secara online menerusi e-Filling adalah pada 31 Mac 2017. Borang BE (nyata individu) dan BT (individu permastautin) tutup pada 30 April 2017. Manakala borang B, L, M, MT, dan TF akan ditutup pada 30 Jun 2017. Apa itu e-Filling? e-Filing adalah aplikasi yang disediakan oleh LHDNM untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan Borang Nyata cukai Pendapatan (BNCP) secara elektronik melalui internet.

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2017 LHDN

Berikut adalah tarikh penting untuk makluman atau panduan pembayar cukai borang BNCP.

Borang Cukai e-Filing 2017 LHDN Online


Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2017 LHDN

E- Penyata Oleh Majikan (bagi majikan bukan Syarikat): 31 Mac 2017

BE-Borang Nyata Individu (Pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan): 30 April 2017 (manual)

B- Borang Nyata Individu (Pemastautin yang menjalankan perniagaan): 30 Jun 2017

P- Borang Nyata Perkongsian: 30 Jun 2017

BT-Borang Nyata Individu Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan / berkepakaran): 30 April 2017 (Tidak Menjalankan perniagaan) & 30 Jun 2017 (Menjalankan perniagaan)

M-Borang Nyata Individu Bukan Pemastautin 30 April 2017 (Tidak Menjalankan perniagaan) & 30 Jun 2017 (Menjalankan perniagaan)

MT-Borang Nyata Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan) 30 April 2017 (Tidak Menjalankan perniagaan) & 30 Jun 2017 (Menjalankan perniagaan)

Semoga bermanfaat!

You Might Also Like

0 comments

My Special Bloglist

My BlogList