Semakan Tracking Pos Laju Secara Online dan SMS

Semakan Tracking Pos Laju Secara Online dan SMS|TAHUKAH anda cara semak tracking Poslaju secara online dan SMS? Mendapatkan status tentang barang yang kita hantar ataupun dipanggil Pos Tracking merupakan satu perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Poslaju Malaysia. Dengan adanya perkhidmatan ini, kita boleh menyemak status terkini secara online barang yang dipos menggunakan servis pos laju.

Baca juga:
Cara Semak Tracking Gdex Secara Online

              Semakan Tracking Pos Laju Secara Online dan SMS

Semakan Tracking Pos Laju Secara Online dan SMS

Tracking Kiriman Pos Laju Secara Online

Semakan status penghantaran boleh di buat secara online menerusi laman web Track & Trace Pos Laju, di pautan berikut:
http://poslaju.com.my/track-trace-v2/

Berikut adalah langkah-langkah menyemak status penghantaran Pos Laju:

1-Masukkan tracking number ke dalam kotak yang disediakan. Jangan jarakkan nombor.

2-Tekan butang "TRACK".

3-Keputusan semakan akan memaparkan status terkini bagi setiap item (tracking number) yang anda masukkan.

4-Klik pada tracking number untuk melihat maklumat yang lebih lengkap. Ia akan memaparkan sejarah perjalanan kiriman tersebut dalam bentuk senarai tarikh, masa, proses / tindakan yang dilakukan terhadap kiriman serta lokasi.

Tracking Kiriman Pos Laju Melalui Facebook

Sila PM (private message) nombor tracking (atau sebarang pertanyaan) ke laman Facebook customer service Pos Malaysia Berhad di pautan berikut:
https://www.facebook.com/AskPos

Pegawai khidmat pelanggan PosLaju akan membantu untuk membuat semakan mengikut giliran anda pada hari Isnin - Jumaat di antara jam 8.30 pagi - 5.30 petang.

Tracking Kiriman Pos Laju Melalui SMS

Taip:
PL <jarak> [Tracking Number]

Contoh: PL EF667590069MY dan
Hantarkan SMS ke 33333

Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.