Resepi Cheesy Wedges Ala KFC

March 13, 2017
LAMA betul Lokman tak kongsikan resepi kepada pengunjung setia blog ini. Malam ini saya akan kongsikan satu resepi iaitu 'Resepi Cheesy Wedges Ala KFC' khas untuk anda. Mudah saja sebenarnya nak buat resepi ini! Jom lihat resepi dibawah!

Resepi Cheesy Wedges Ala KFC

Resepi Cheesy Wedges Ala KFC

Bahan Potato Wedges:
-Kentang
-Garam
-Tepung Gandum
-Pati Ayam
-Serbuk Lada Hitam

Bahan Sos Cheesy:
-250ml susu segar/susu cair
-2 sudu tepung gandum
-1 kiub pati ayam
-4 keping cheesedale
-Sedikit serbuk lada hitam/putih
-3 Atau 4 sudu butter
-Sedikit pewarna kuning

Cara Membuat:

1-Rebus kentang dalam air panas selama 2 minit. Potong kentang berbentuk wedges seperti potongan kentang KFC.

2.Kemudian, angkat dan toskan kentang yang telah direbus tadi. Biarkan sejuk seketika. Kemudian, gaulkan garam dan pati ayam bersama kentang. Selepas itu, salut kentang dengan tepung gandum dan lada hitam.

3. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng wedges tadi dalam kuali sehingga warna agak keperangan dan angkat.

4. Sementara itu, buatkan sos cheesy pula. Panaskan butter hingga cair, masukkan susu, tepung gandum, dan kacau sentiasa sehingga tepung sebati. Masukkan pula kepingan chesse, kiub pati ayam dan serbuk lada. Kacau sebati hingga masak. Pastikan sos jangan terlalu pekat atau terlalu cair.

5. Selepas itu, hidangkan potato wedges tadi dengan sos cheesy bersama dengan mayonis.

Selamat mencuba di rumah!

You Might Also Like

0 comments

My BlogList