Norway Bakal Membina Terowong Khas Untuk Kapal Bersaiz Besar Pertama Di Dunia

March 18, 2017
PROJEK pembinaan terowong untuk kenderaan beroda ini sudah biasa dilihat. Di Norway mereka bakal memulakan pembinaan terowong khas untuk kapal bersaiz besar pertama di dunia.

                

Terowong Kapal Stad akan dibina pada tahun 2019 atas tujuan keselamatan kapal-kapal yang merentasi Laut Stadhavet. Cuaca yang buruk di ini adalah amat berbahaya kepada pelayar. Menurut sejarah, kaum Viking sanggup memilih untuk menarik kapal mereka merentasi darat dari berlayar merentasi laut ini.

               

Apabila siap pada tahun 2013, terowong Stad sepanjang 1.7 kilometer ini akan membenarkan sehingga 120 kapal menggunakannya setiap hari. Saiz kapal yang boleh melaluinya terhad kepada tinggi maksimum 37 meter dan lebar 26.5 meter. Kos pembinaan mencecah NOK 2.3 Billion (~RM 1.19 Billion).

Sumber: Kystverket

You Might Also Like

0 comments

My Special Bloglist

My BlogList