Cara Mendaftar Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim

UNTUK makluman anda, berita baik dari dan hadiah istimewa buat rakyat Negeri Johor dari Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Program perumahan mampu milik untuk bangsa Johor yang dinamakan 'Rumah Impian Sultan Ibrahim' telah dilancarkan pada hari Rabu, 22 Mac 2017 di Galeria Kotaraya, Johor Bahru.

Cara Mendaftar Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim

Cara Mendaftar Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim

Berikut adalah cara mendaftar Rumah Impian Sultan Ibrahim:

1-Untuk pra-pendaftaran, boleh layari di http://yayasansultanibrahim.org.my

2-Pastikan nama, emel dan no. telefon anda adalah betul dan mudah dihubungi

Syarat Mendaftar Rumah Impian Sultan Ibrahim

-Warganegara Malaysia, menetap 5 tahun di negeri Johor dan berumur 18 tahun keatas

-Permohonan rumah buat kali pertama

-Pemohon atau pasangan yang masih belum memiliki rumah

Pendapatan isi rumah berdasarkan jenis rumah yang ditawarkan:

Rumah Impian Bangsa Johor B
-Harga rumah dari RM 150,000
Terbuka dan Tertakluk kepada pemohon

Rumah Impian Bangsa Johor A
-Harga rumah dari RM 100,001 hingga RM 150,000. Pendapatan tidak melebihi RM 8,000 sebulan

Rumah Impian Sultan Ibrahim
-Harga rumah dari RM 80,000 hingga ke RM 100,000. Pendapatan tidak melebihi RM 5,000 sebulan

Semoga berjaya membuat permohonan Rumah Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim!

0 comment... add one now