Borang Permohonan Pendaftaran Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim 2017 Online

BAGI yang ingin memohon, borang permohonan Pendaftaran Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim Bangsa boleh dipohon secara online mampu milik. Untuk makluman warga Johor, rumah banglo mampu milik yang mempunyai 3 bilik atau rumah berkembar kini boleh dimiliki pada harga bawah RM100,000 sahaja. Deposit pula hanya RM1 sahaja dengan skim pinjaman penuh dan bayaran ansuran yang mudah tanpa membebankan rakyat.

Borang Permohonan Pendaftaran Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim 2017 Online

Borang Permohonan Pendaftaran Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim 2017 Online

-Borang permohonan atau pendaftaran Rumah Impian Bangsa Johor kini dibuka secara online mulai 22 Mac 2017 selepas jam 5.00 petang.

Cara Pendaftaran Rumah Impian Bangsa Johor 2017 (Walk In)

Selepas 23 Mac 2017, pra pendaftaran secara walk in (hadirkan diri) ke Galeria @ Kotaraya di Galeria Jualan Bandar Dato Onn.

Sila bawa maklumat pada hari pra pendaftaran seperti berikut:

-Nama
-Kad Pengenalan
-Emel
-Nombor Telefon

SMS dan Emel akan dikeluarkan kepada mereka yang membuat pra pendaftaran.

Pendaftaran hanya akan dibuka kepada umum untuk mendaftar selepas seminggu kepada pemohonan yang telah membuat pra pendaftaran. Pra pendaftaran tidak boleh dianggap sebagai pengesahan tawaran.

Jumlah Peruntukan Rumah Impian Bangsa Johor 2017

-Sebanyak 600 Unit Rumah Banglo bawah harga RM100K
-3 Lokasi Di Johor
-Pembiayaan Rumah 100 peratus
-Deposit RM1 sahaja
-Pembiayaan menerusi bank panel BSN sahaja

Kategori Rumah Impian Bangsa Johor 2017

Jenis A- Harga RM130,000-RM150,000 (Isi Rumah Gaji tidak lebih RM8,000)
Jenis B- Harga RM100,001-130,000 (Isi Rumah Gaji tidak lebih RM6,000)
Jenis C- Harga RM70,000- RM100,000 (Isi Rumah Gaji tidak lebih RM5,000)

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor 2017

-Gaji tidak melebihi 5k seisi rumah suami isteri
-Berumur 18 tahun dan keatas
-Warga Johor sahaja ic 01 / 23
-Tidak pernah mempunyai rumah
-Bujang atau sudah berkahwin

Tarikh Tutup Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor 2017

-31 Disember 2017

Contoh Model Rumah Impian Untuk Bangsa Johor Fasa Pertama



Semoga bermanfaat!

0 comment... add one now