6 Keistimewaan Puasa Bulan Rejab

March 31, 2017
TAHUKAH anda Rejab merupakan salah satu bulan Asyhurul Hurum, sebuah bulan yang dimuliakan selain Zulqa'dah, Zulhijjah dan Muharram. Puasa dalam bulan Rejab sebagaimana bulan mulia lain, hukumnya adalah sunnah. Diriwayatkan dari Mujibah al-Bahiliyah, Rasulullah SAW bersabda,
"Puasalah pada bulan-bulan haram (mulia)." (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan Ahmad).

6 Keistimewaan Puasa Bulan Rejab

Banyak keistimewaan yang diperoleh apabila kita menunaikan puasa di bulan Rejab. Berikut adalah antaranya:

1. Laksana puasa sebulan

Rasulullah SAW bersabda,
"Barang siapa berpuasa pada bulan Rejab sehari maka laksana ia puasa selama sebulan, bila puasa 7 hari maka ditutuplah untuknya 7 pintu neraka jahanam. Bila puasa 8 hari maka dibukakan untuknya 8 pintu syurga. Dan bila puasa 10 hari maka Allah akan mengabulkan semua permintaannya. " HR. At-Thabrani

2. Mencatat amalnya selama 60 Bulan

Rasulullah SAW bersabda,
"Barang siapa puasa pada tanggal 27 Rejab, Allah mencatatnya sebagaimana orang yang puasa selama 60 bulan."
Abu Hurairah.

3. Puasa 7 hari pada bulan Rejab akan menutup pintu neraka baginya

4. Puasa 8 hari pada bulan Rejab akan membuka 8 pintu syurga untuknya

5. Puasa 10 hari pada bulan Rejab maka akan menghapuskan dosa-dosanya dan diganti dengan kebaikan

6. Puasa sehari pada bulan Rajab akan mendapatkan air susu yang berasal dari sungai Rejab di syurga

Rasanya manis melebihi madu. Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya di syurga terdapat sungai yang dinamakan Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan rasanya lebih manis dari madu. Barang siapa puasa sehari pada bulan Rejab, maka ia akan dikurnia minum dari sungai tersebut."

You Might Also Like

0 comments

My Special Bloglist

My BlogList