5 Tempat Menarik Bercuti di Perth

KALI ini ingin saya kongsikan tempat menarik ada di Perth, Australia. Sebelum ini, saya pernah kongsikan tempat menarik ada di Sydney. Mesti anda tercari-cari manakah ke destinasi yang harus anda tujui apabila sampai di Perth. Perth amat terkenal dengan lokasi pelancongan yang cantik dan indah selain mempunyai tarikan pelancongan yang lain. Apa yang menarik ada di Perth ini? Jom lihat dibawah!

5 Tempat Menarik Bercuti di Perth

5 Tempat Menarik Bercuti di Perth

1-Yanchep National Park

Bagi yang berkesempatan untuk datang berkunjung bersama keluarga, Perth juga mempunyai Yanchep National Park yang merupakan sebuah tempat pelancongan memukau bagi peminat hidupan liar. Terletak kira-kira 42 kilometer di sebelah utara Perth, lokasi ini betul-betul membawa kepuasan tersendiri bagi para pengunjungnya kerana taman nasional ini lebih terkenal akan flora dan faunanya yang sangat berbeza-beza dan indah.

Di taman ini jugalah anda akan dapat menjumpai habitat bagi pelbagai spesies mamalia, seperti Black-glove Wallaby, Western Grey Kangaroo, dan Quenda.

2-Kings Park dan Botanic Garden

Objek pelancongan lain yang sangat patut untuk tidak dilepaskan adalah Kings Park dan Botanic Garden yang akan memanjakan anda. Bagi pecinta pelancongan bangunan sejarah serta alam, di sinilah tempat yang tepat untuk menikmati percutian selama di Perth.

Lebih dianjurkan untuk berkunjung pada bulan September agar dapat menyaksikan spring wildflower yang boleh anda kekalkan. Dari pusat bandar Perth, anda boleh menaiki bas percuma ke tempat ini.
Kings Park dan Botanic Garden buka setiap hari.

3-Cottesloe Beach

                        Image result for Cottesloe Beach

Ingin melancong pantai di Perth? Cottesloe Beach adalah tempat yang indah dan boleh merasa rileks sesampainya di tempat ini. Berada dekat dengan pusat bandar, pantai ini tidak pernah sepi pengunjung, apalagi bila tiba senja hari hingga malam.

4-Scitech

Bercuti di Perth sekeluarga, apatah lagi membawa anak-anak, tentu anda pun perlu memikirkan mereka dengan bertandang ke Scitech yang menyediakan pelancongan edukasi yang terbaik di Australia Barat. Tempat ini terbuka kepada umum dan di sinilah akan dipaparkan pameran interaktif yang akan membuat para pengunjung lebih berminat terhadap ilmu pengetahuan. Dibuka pada tahun 1988, Scitech mengadakan dua kali pameran berskala besar dalam setahun.

5-Adventure World

Untuk menuju ke tempat pelancongan ini, anda hanya perlu menempuh jarak kira-kira 20 kilometer dari Perth CBD. Taman hiburan ini begitu dibanggakan kerana bayangkan saja bahawa sejumlah atraksinya ada yang sudah berusia 20 tahun dan keasliannya masih sangat dijaga dengan baik, sementara beberapa tarikan ada yang sudah melalui proses penambahbaikan dan penambahan. Destinasi percutian satu ini sangat sempurna untuk keluarga dengan adanya Ole Swimming Hole, Water Mountain, Skull Rock serta Enchanted Castle dan merupakan tempat yang sesuai untuk anak muda.


Bagi anda yang masih tercari-cari tempat untuk bercuti, bolehlah anda datang sendiri ke Perth, Australia untuk bercuti bersama-sama dengan keluarga anda. 

0 comment... add one now