Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Shhh... I Love You (TV3)

NANTIKAN drama terbaru adaptasi novel Shhh... I Love You karya Farisya Natasha yang bakal mengisi slot Akasia TV3. Sebuah drama terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd dibawah arahan Nizam Zakaria. Menyaksikan gandingan hebat seperti Gambit Saifullah dan Elvina Mohamad sebagai pelakon utama.

                Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Shhh... I Love You (TV3)

JUDUL : SHHH... I LOVE YOU
TARIKH / MASA : 3 April 2017
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Farisya Natasha
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Gambit Saifullah, Elvina Mohamad, Tash Yong, Aien Zahalan, Hafreez Adam, Hani Nazrina

WATAK PELAKON
Gambit Saifullah sebagai Captain Aidan
Elvina Mohamad sebagai Nur Nadia Omar
Tash Yong sebagai Sumayyah

SINOPSIS SHHH I LOVE YOU

Kisah Nadia dan Aidan yang berjumpa pertama kali di kedai dan ingin dijodohkan oleh adik-adiknya. Perkenalan yang singkat membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia kerana ada suatu rahsia disebaliknya.

Nadia sebenarnya sebelum ini merupakan pesakit jantung dan kini memiliki jantung bekas tunang Aidan yang sudah tiada. Dan kerana itu, Aidan mengahwini Nadia tanpa ada perasaan cinta.

Kemelut melanda apabila segala rahsia terbongkar. Nadia cuba meraih cinta Aidan. Mampukah rumah tangga mereka bertahan?

0 comment... add one now