Resepi Kimchi Yang Mudah

MALAM nih Lokman ingin kongsikan satu lagi resepi khas untuk pengunjung setia blog ini. Kali ini Lokman ingin kongsikan 'Resepi Kimchi Yang Mudah'. Kimchi merupakan makanan tradisional korea, dibuat daripada napa cabbage (kobis cina), timun, lobak dan daun bawang. Rasa kimchi ni sedikit masin, ada yang sedikit manis. Nak tahu lebih lanjut tentang resepi ini. Jom lihat dibawah!

 Resepi Kimchi Yang Mudah

Resepi Kimchi Yang Mudah

Bahan-Bahan Buat Sos Kimchi Korea:

2 ulas bawang putih tumbuk
1 cawan serbuk lada merah
Gula secukup rasa
1 sudu kecil halia tumbuk
2 sudu besar sos ikan
4 batang daun bawang
Air secukupnya

Bahan-bahan Resepi Kimchi Korea:

1 biji kobis panjang dihiris nipis
1/2 cawan garam halus
2 biji lobak merah
1 ikat daun bawang

Cara Membuat Kimchi Korea:

1-Pertama kali, pilih kobis panjang. Sapu garam pada setiap helaian kobis. Celup kobis sekali di dalam air supaya tidak rosak.

2-Selepas itu, tabur garam kasar pada setiap lapisan kobis panjang. Simpan dalam bekas dan bubuh sedikit sahaja air. Biarkan lebih kurang 6 jam kerana garam akan mengeluarkan air daripada dalam kobis.

3-Kemudian, bilas kobis dengan dicelup-celup di dalam air.

4-Selepas itu buat sos dengan mencampurkan kesemua bahan di atas ke dalam bekas. Lumur sos pada setiap helaian kobis tadi sehingga rata.

5-Kemaskan semula daun kobis yang dilumur tadi dan ikat dengan helaian daun yang atas sekali. Selepas itu, simpan dalam bekas.

6-Bagi anda yang ingin rasa kimchi tersebut sejuk, boleh simpan dalam peti sejuk.

Selamat mencuba!

0 comment... add one now