Maksud Disebalik Simbol Empat Gelang Logo Audi Yang Anda Perlu Ketahui

February 26, 2017
TAHUKAH anda apakah maksud disebalik empat gelang yang saling berkait di sebalik logo syarikat automobil Jerman, Audi. Audi menyiarkan video khas bagi menjelaskan rahsia logo tersebut.

               Maksud Disebalik Simbol Empat Gelang Logo Audi Yang Anda Perlu Ketahui

Empat gelang pada logo Audi sebenarnya membawa maksud empat pengeluar automobil berbeza yang bergabung pada 1932 untuk menubuhkan satu syarikat besar dikenali sebagai Auto Union. Pengeluar tertua ialah Horch yang diasaskan pada 1899 oleh seorang jurutera Jerman, August Horch. Tidak lama kemudian beliau memutuskan tidak mahu menggunakan namanya sendiri sebagai jenama, sebaliknya menubuhkan jenama pengeluar baru, Audi.

               di-sebalik-logo-audi

Selepas Horch, Audi muncul mewakili gelang kedua dalam logo itu. (Nota: Horch sangat hampir kepada perkataan Jerman yang bermaksud 'dengar dan faham' atau listen; Audi pula ialah terjemahan kepada perkataan itu dalam bahasa Latin). Dua lagi syarikat ialah Wanderer yang diasaskan pada 1911, dan DKW, yakni pengeluar enjin stim yang diasaskan pada 1916 sebelum mula menghasilkan kereta pada 1928.

Kesimpulannya, empat gelang pada logo Audi jika mengikut turutan tahun ialah Horch, Audi, Wanderer dan DKW. Tetapi bagaimana pula Auto Union ditubuhkan, yang kemudian menjadi Audi?

Selepas Perang Dunia Kedua, Auto Union masih konsisten menghasilkan kereta, motosikal dan van, tetapi menghadapi masalah kewangan dan buruh yang teruk pada pertengahan 1950-an. Akhirnya, syarikat itu dibeli oleh Daimler-Benz pada 1958 dalam usaha mengatasi krisis kewangan yang berlaku sebelum dilepaskan pula kepada Volkswagen (VW) pada 1964.

Tidak lama selepas VW mengambil alih, Auto Union mula menjual kereta di bawah jenama Audi. Pada 1969, VW membeli sebuah lagi pengeluar, NSU yang kemudian membentuk syarikat bernama Audi NSU Auto Union AG. Bagaimana, nama itu perlahan-lahan tidak relevan sehinggalah pada 1985 dikenali umum sebagai Audi AG.

Semoga bermanfaat!

You Might Also Like

2 comments

  1. Baru tau yang ada simbol di sebalik 4 bulat macam tu. selalu kalo lupa nama kereta ni aku panggil kereta yang guna logo olimpik tu... hahapastu baru kawan ak ingatkan audi la..

    ReplyDelete
  2. ooo baru tau maksud di sebalik logo tu. logo simple tp ada byk sejarah disebalik tu!

    ReplyDelete

My BlogList