Makna Sebenar Disebalik ‘Lebuh Raya’

APAKAH makna sebenar disebalik perkataan 'Lebuh Raya'?. Maksud kepada istilah ‘lebuh raya’ adalah berbeza mengikut negara.  Di negara yang mempunyai rangkaian jalan raya yang baik, istilah lebuh raya merujuk kepada lebuhraya capaian terkawal ataupun lebuh raya ekspres “expressway”, lebuh raya kereta “motorway”, lebuh raya bebas “freeway” dan lain-lain lagi.

                Makna Sebenar Disebalik  ‘Lebuh Raya’

Di Malaysia, apabila disebut tentang istilah ‘lebuh raya’, apa yang terlintas di fikiran anda?

Adakah lebuh raya seharusnya mempunyai kriteria khusus seperti mempunyai sekurang-kurangnya empat lorong setiap hala, dengan had laju sehingga 110km/j, tiada akses terus ke mana-mana premis hartanah, tanpa sebarang lintasan masuk searas, dan keluar masuk hanya melalui persimpangan bertingkat yang berlainan aras?

               difference-freeways-highways-750x400

Menurut Kamus Dewan Bahasa, istilah lebuh raya bermaksud ‘jalan raya utama yang lebar, biasanya menghubungkan sebuah bandar (bandar raya) dengan bandar (bandar raya) yang lain’.

Ini bermakna, mana-mana jalan raya utama walaupun jalan tanpa tar, jalan tanah merah sekalipun masih boleh dilabel sebagai lebuh raya jika ia berfungsi untuk menghubungkan antara dua bandar utama.

Sesetengah lebuh raya juga mempunyai persimpangan lampu isyarat atau bulatan. Sebagai contoh, terdapat juga lebuh raya yang diklasifikasikan sebagai laluan persekutuan. Contohnya seperti Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Skudai.

Bagi jalan raya seperti Lebuhraya Utara-Selatan, ia tergolong dalam satu kategori khas yang merujuk kepada ‘lebuh raya ekspres’ atau juga dikenali sebagai “expressway” dalam bahasa Inggeris.

Lebuh raya ekspres ini khusus bagi merujuk kepada jalan raya yang dikenakan kawalan masuk penuh, melalui penggunaan persimpangan bertingkat berlainan aras yang dihadkan bilangannya bagi menggantikan persimpangan searas, pemasangan pagar di sepanjang laluan, direka untuk pemanduan berkelajuan tinggi, serta tiada akses terus ke mana-mana premis hartanah.

Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.