Harga dan Spesifikasi Penuh Yamaha NVX 155 Untuk Pasaran Malaysia

Harga dan Spesifikasi Penuh Yamaha NVX 155 Untuk Pasaran Malaysia|KINI Yamaha NVX 155 bakal membuat kemunculan di pasaran Malaysia dalam tempoh terdekat susulan beberapa foto ujian berjaya dirakamkan. Apa yang menarik tentang Yamaha NVX 155? Jom kita lihat dibawah!

                Yamaha NVX 155

SPESIFIKASI PENUH

-Jenis Enjin SOHC 4-lejang, penyejukan cecair
-Silinder Tunggal
-Sesaran 155 cc
-Diameter & Lejang 58mm x 58.7 mm
-Nisbah Mampatan 10.5: 1
-Kuasa Max 11 kW (15 PS) @ 8000 rpm
-Tork Max 13.8 Nm @ 6250 rpm
-Sistem Penghidup Elektrik
-Sistem Minyak Pancitan bahan api
-Jenis Transmisi V-belt automatik
-P x L x T (mm) 1,990mm X 700mm X 1, 125mm
-Jarak Roda 1, 350mm, Berat 118 kg
-Saiz Tangki 4.6L

RANGKA

-Jenis Rangka Underbone
-Suspensi Depan Fork after/ spring/ peredam hidraulik
-Suspensi Belakang Spring penyerap hentak/peredam hidraulik
-Tayar Depan 110/80-14M/C 53P
-Tayar Belakang 140/70-14M/C 62P
-Brek Depan Cakera 230mm
-Brek Belakang Dram 130mm

CIRI-CIRI MENARIK NVX 155

-Lampu depan dan belakang LED dengan desain sporty, lebih terang dan tampil agresif.
-Rim 14 inci dengan rekaan khusus membantu menyerlahkan ciri sport NVX yang dipadankan bersama tayar tubeless.
-Ruang simpanan di bawah pelana bersaiz 25 liter yang boleh memuatkan dua helmet.
-Port mengecas yang diletakkan di ruang simpanan barang depan.
-Paparan skrin LCD 5.8 inci dengan rekaan moden dan penglihatan lebih cerah.
-Sistem Kunci Pintar yang didatangkan dengan sistem kunci elektronik pintar berserta fungsi lain antaranya membuka pelana, penutup minyak, posisi mengunci motor dan menghidupkan kunci.
-Sistem Start\Stop yang membantu kecekapan bahan api.
-Tayar depan dilengkapi dengan ciri ABS.

Yamaha NVX 155 Yamaha NVX 155

HARGA

Di Malaysia, Yamaha NVX 155 didatangkan dengan tiga varian, iaitu standard (RM7,210.50), Versi R (RM7, 837.50) dan varian tertinggi S (RM8,629.50).

Buat masa ini, harga jualan NMAX ialah RM8,812 seunit. Jika HLYM meletakkan harga NVX 155 sama seperti NMAX, pasti model tersebut akan laku keras.

Sama-sama nantikan keluaran Yamaha NVX 155 ini!

2 comments:

  1. Tak sabar nak tunggu ni.. :D

    ReplyDelete
  2. betul tu..harga pon standard la bawah 10k

    ReplyDelete

Powered by Blogger.