Harga dan Spesifikasi Penuh Honda City Facelift Baharu

Honda City Facelift baharu kini dibuka untuk tempahan di 88 pengedar sah Honda mulai 1 Februari 2017. Honda City generasi keempat itu dilancarkan pada Mac 2014 telah terjual lebih daripada 100,000 unit juga merupakan model terlaris Honda Malaysia.

                 Harga dan Spesifikasi Penuh Honda City Facelift Baharu

Berikut adalah pembaharuan yang perlu anda tahu mengenai Honda City Facelift:

Antara ciri baharu pada model ini ialah:

-Lampu hadapan DRL, lampu nyalaan siang dengan jalur LED, dan lampu kabus LED baharu (varian V sahaja)
-Didatangkan dengan roda aloi dua tona yang baharu (varian V sahaja)
-Spoiler “duck tail” serta lampu brek LED (varian V sahaja)
-Lampu belakang LED dan kamera undur pelbagai sudut juga merupakan ciri baharu (varian V sahaja)
-Dijana oleh enjin 1.5L i-VTEC dengan transmisi CVT untuk pemanduan yang seimbang di antara prestasi dan penjimatan.
-Saiz but belakang bagi semua varian sama seperti sebelum ini iaitu 536L yang merupakan saiz yang terbesar dalam kelasnya
-Sidatangkan dengan butang penghidup enjin (push start) dan kemasukkan pintar (smart entry)

                 Image result for Honda City Facelift Baharu

Ciri-ciri Keselamatan:

-Bantuan stabiliti kenderaan (VSA), yang dapat mengurangkan “under atau over steer” semasa kecemasan atau selekoh tajam
-Bantuan mula mendaki (HSA), membantu mengelakkan kereta dari tergelongsor ke belakang apabila brek dilepaskan dalam keadaan curam
-Isyarat berhenti kecemasan (ESS), mengaktifkan lampu brek ketiga dan lampu kecemasan berkelip secara automatik untuk memberi amaran kepada kenderaan berdekatan apabila kereta dibrek secara mengejut
-Enam beg udara untuk varian V sahaja, dan dua beg udara bagi varian yang lain
Honda Facelift ini bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020 atau layari https://www.honda.com.my/.

0 comment... add one now