5 Sebab Beli Rumah Sebagai Pelaburan

TAHUKAH anda tentang membuat pelaburan melalui pembelian sesebuah rumah. Untuk menjalankan pelaburan yang melibatkan hartanah, anda perlu menjalankan beberapa kajian supaya modal anda tidak hangus begitu sahaja sekaligus mendapat pulangan yang lumayan. Tapi bagaimana caranya membuat pelaburan yang menguntungkan?

5 Sebab Beli Rumah Sebagai Pelaburan

Anda harus faham terlebih dahulu bahawa rumah yang dibeli untuk dilaburkan berbeza dengan rumah yang anda diami. Anda perlu bijak untuk memilih rumah yang boleh mendatangkan keuntungan berdasarkan beberapa faktor. Berikut adalah:

5 Sebab Beli Rumah Sebagai Pelaburan

1. Kemudahan runcit

Rumah yang berdekatan dengan kedai makan, dan pasaraya menjadi pilihan kerana ia akan memudahkan penduduk untuk mendapatkan barangan-barangan keperluan. Nilai rumah anda turut meningkat dengan lebih pantas disebabkan kedudukan rumah yang strategik. Oleh itu, kadar sewa turut boleh dinaikkan kerana kemudahan ini.

2. Terbina laluan lebuhraya

Bagi mereka yang perlukan perjalanan yang pantas, perjalanan akan dapat dijimatkan dengan adanya lebuhraya. Nilai rumah anda akan meningkat dengan lebih tinggi apabila terdapat kemudahan lebuhraya yang berhampiran.

3. Mempunyai pusat pengajian tinggi

Jika anda pernah belajar di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT), pasti anda dapat lihat kepadatan penduduk yang terdiri di kalangan pelajar dan penduduk tempatan. Oleh itu, banyak rumah sewa yang dipenuhi dengan pelajar yang tidak berjaya dapat tinggal di asrama.

4. Kemudahan pendidikan dan tempat ibadat

Pelbagai kemudahan seperti sekolah, dan rumah ibadat seperti masjid akan meningkatkan lagi nilai sesebuah hartanah yang dimiliki.

5. Pengangkutan awam

Kemudahan awam seperti komuter, LRT dan MRT pasti akan melonjakkan nilai hartanah anda dengan lebih tinggi lagi. Contohnya, di Kuala Lumpur, patutlah rumah disana mahal berbanding yang jauh dari mempunyai kemudahan pengangkutan tersebut. Dalam masa kurang dari 5 tahun harganya boleh meningkat dengan tinggi dan membawa keuntungan kepada anda.

Semoga bermanfaat!

0 comment... add one now