Truffle Antara Bahan Makanan Termahal Di Dunia

               

Apa itu truffle sebenarnya? Truffle, sejenis kulat tumbuh di bawah tanah. Dalam bentuk saintik, pokok dan truffle tumbuh secara “mutual”-saling memerlukan.

Pokok membekalkan nutrien kepada truffle dalam bentuk gula hasil daripada cahaya matahari. Begitu juga truffle menyalurkan nutrien dari bawah tanah kepada pokok tersebut. Ia membiak sekitar akar-akar pokok Beech, Poplar dan Oak.

Tahukah anda bahawa truffle adalah antara makanan termahal di dunia. Terdapat 2 jenis warna truffle iaitu hitam dan putih. Truffle putih mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding truffle hitam.

Truffle putih berharga sekitar USD3,600 (RM16,000) setiap 0.4 gram. Kalau 1 kilogram berapa tu? Fuh banyak tu! Harga termahal pernah dilelongkan bernilai USD330,000 (hampir RM1.5juta) untuk 1 gram yang terletak di Macau.

Ia mempunyai bau dan rasa yang sangat kuat dan unik. Restoran-restoran terkenal menggunakan truffle dalam sajian seperti pasta, burger, telur dadar, pencuci mulut dan banyak lagi.

Contohnya, Chez Bruno, dianugerahi sebagai restoran truffle yang paling menakjubkan di seluruh dunia. Ia terletak di Lorgue, France.

                 Image result for truffle

Apa Yang Membuatkan Truffle Mahal?
1. Ia memerlukan penjagaan rapi.

Bacaan pH tanah paling ideal adalah di antara 8 hingga 8.3. Ia juga membesar dengan baik dalam iklim sederhana tanpa perubahan suhu yang melampau.

Musim salji menjadi pilihan segelintir peladang kerana salji bertindak sebagai penebat semula jadi terhadap tanah justeru mengekalkan suhu truffle.

2. Peladang memerlukan bantuan anjing untuk menuai truffle.

Anjing mempunyai deria menghidu yang sensitif jika dibandingkan dengan manusia. Anjing dapat mengesan bau truffle dari jarak jauh lalu menggalinya di bawah tanah. Sisa-sisa spora truffle yang tertinggal akan terus membiak.

3. Truffle tumbuh dalam masa 5-6 tahun.

Oleh kerana ia mengambil masa yang panjang untuk tumbuh membuatkan kuantitinya sedikit di pasaran tetapi ada permintaan, sekaligus menyebabkan harga truffle mahal.

Negara pengeluaran truffle yang paling popular ialah Perancis, diikuti oleh China, Amerika, Chile dan New Zealand.

Perghh...memang kayalah kalau jual truffle nih!

2 comments:

Powered by Blogger.