Tips Menjaga Bateri Kereta Dengan Betul

January 29, 2017

SETIAP anda mesti cemas apabila kereta anda tidak dapat dihidupkan atau distart kembali saat anda ingin ke tempat kerja atau sebagainya. Apa puncanya enjin tidak dapat dihidupkan? Salah satu faktornya adalah disebabkan bateri anda telah 'KONG' kerana telah kehabisan caj atau expired.

Tips Menjaga Bateri Kereta Dengan Betul

Bateri yang lemah akan menyukarkan kita untuk menghidupkan enjin. Dalam masa sama, ia akan meningkatkan risiko untuk kereta tiba-tiba rosak ketika sedang memandu di jalan raya. Jom ketahui jenis bateri kereta yang ada dipasaran!

Terdapat dua jenis bateri kereta yang digunakan:

1. Bateri Sel basah
2. Bateri Sel kering

Tips Menjaga Bateri Kereta Dengan Betul

Pemilik kenderaan yang bijak adalah mereka yang tahu cara untuk menjaga bateri kereta dengan baik supaya bertahan lebih lama. Berikut adalah tips menjaga bateri kereta:

1 - Buat Selenggara Seminggu Sekali

Pastikan melakukan penyelenggaraan pada air bateri seminggu sekali. Jika air bateri berada pada paras yang rendah, isi semula sehingga mencapai tahap yang normal. Elakkan daripada terlebih isi air bateri. Air bateri anda boleh dapati di mana-mana stesen minyak yang berdekatan dengan harga RM2 sebotol.

2 - Buang Debu Putih

Debu putih ini adalah kesan-kesan yang anda dapat lihat pada terminal bateri.

Cara untuk bersihkannya seperti tertera dibawah:

1. Bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik / baking powder).
2. Satu sudu teh serbuk.
3. Satu cawan air.

Apabila bancuhan ini dibilas pada terminal bateri, maka kita akan lihat munculnya buih-buih di sekeliling. Buih ini akan hilang sekali dengan kesan debu putih.

3 - Sentiasa Periksa Bateri

Pastikan sebelum anda memulakan perjalanan ke destinasi yang jauh, sentiasa periksa bateri terlebih dahulu. Dengan melakukan semakan secara ringkas ini, kita dapat mengelakkan daripada menanggung risiko keselamatan dan kos yang tinggi bagi tujuan pembaikan.

Selamat mencuba! Pastikan bateri anda sentiasa diperiksa selalu supaya betahan lebih lama.

You Might Also Like

0 comments

Blog Archive

My BlogList