Resepi Aiskrim Oreo Yang Enak

BAGI anda yang gemar akan pelbagai citarasa aiskrim, kali ini saya ingin kongsikan satu resepi aiskrim iaitu 'Resepi Aiskrim Oreo Yang Enak'. Senang ja nak buat aiskrim oreo nih! Nak tahu lebih lanjut resepi aiskrim oreo tersebut jom lihat dibawah ini:


Resepi Aiskrim Oreo Yang Enak

Bahan-bahan:
2 cawan susu Dutchlady full cream
1 cawan serbuk creamer coffee mate
1 paket biskut oreo

Cara Membuat:

1-Pertama kali, masukkan susu dan serbuk creamer coffee mate ke dalam mesin pengisar dan kisarkan

2-Kemudian, masukkan beberapa keping biskut oreo ke dalam campuran susu dan serbuk creamer coffee mate. Kisarkan sehingga ia sebati

3-Selepas itu, masukkan ke dalam bekas

4-Patah-patahkan beberapa keping biskut oreo dan masukkan ke dalam bekas tersebut

5-Akhir sekali, masukkan ke dalam peti ais dan tunggu sehingga beku

Selamat mencuba!

4 comments.. read them below or add one

Elih Japahar Elih Japahar January 30, 2017
perghh.

sedap aiskrim oreo ni...
Nik Ainaa Nik Ainaa January 30, 2017
pernah buat sekali aiskrim oreo lepastu aiskrim coklat. hehe btw jemput join giveaway ainaa :) http://nikainaa.blogspot.my/2017/01/giveaway-sephia-by-nik-ainaa_29.html
Lokman Hakim Lokman Hakim February 03, 2017
haha..boleh cuba buat lagi aina