Perodua Bakal Lancar Karnival Pertama dan Terbesar

KINI Perodua menjemput semua untuk memeriahkan lagi karnival MYPerodua Nation, yang merupakan acara pertama dan terbesar yang pernah dilakukan oleh syarikat tersebut.

                 

Karnival tersebut akan dilangsungkan di Aeon Mall Shah Alam (tempat parkir luar) dari 20 hingga 22 Januari 2017 dan menawarkan peluang untuk memenangi sebuah Perodua Axia dan pelbagai hadiah lain melalui acara cabutan bertuah.

Acara pembuka tirai 2017 ini juga menampilkan pelbagai aktiviti riadah untuk seisi keluarga, turut dilakukan ialah konsert oleh artis-artis popular tempatan.

“MYPerodua Nation mempunyai aktviti untuk semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Anda boleh rasai pengalaman bersama jenama kenderaan paling laris di Malaysia, promosi istimewa untuk pengunjung dan juga satu kejutan untuk semua,” terang Datuk Dr Zahari Husin, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Am General Insurance dan Bank Rakyat kerana sudi menjadi penaja utama untuk karnival tersebut.

Untuk ahli Perodua UFirst, mereka berpeluang memenangi hadiah wang tunai dalam acara tahunan UFirst Warrior Challenge.  Bagi yang mahu mendaftar sebagai ahli Perodua UFirst, daftar di laman web www.ufirst.com.my sebelum atau pada 13 Januari 2017.

Antara aktiviti lain yang akan dijalankan ketika karnival MYPerodua nation ialah:

-Promosi Uni-Quest untuk pelajar-pelajar universiti dan kolej yang mahu mencari kenderaan pertama mereka.

-Kempen Golden Prosperity Deals sempena Tahun Baru Cina dengan tawaran rebat sehingga RM3,888 untuk model terpilih Perodua.

-Baucar servis percuma.

-Diskaun sehingga 50 peratus untuk alatganti dan aksesori.

      fa_kv-flyers_ol-1 UFirst Uniquest-Flyers-FA

Jom layari di pautan http://www.perodua.com.my/ untuk keterangan lanjut akan karnival terbesar syarikat automotif nasional ini.

Semua dijemput hadir beramai-ramai ke karnival tersebut!




0 comment... add one now