Permohonan 1867 Jawatan Kosong Latihan Separa Perubatan SPA Januari 2017

January 06, 2017

                Image result for Permohonan 1867 Jawatan Kosong Latihan Separa Perubatan SPA Januari 2017

Menerusi pengumuman yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), kini terdapat 1867 jawatan kosong untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang perubatan, anda digalakkan untuk membuat permohonan ini secepat mungkin.

1867 Jawatan Kosong Latihan Separa Perubatan SPA Januari 2017

Ada 1867 kekosongan jawatan yang dipecahkan kepada 2 iaitu Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil dan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma. Latihan latihan ini hanya memerlukan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang setaraf dengannya.

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

-Jururawat
-Penolong Pegawai Perubatan
-Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
-Juruteknologi Makmal Perubatan
-Juru X-Ray
-Jururawat (PSL)
-Juruterapi Pergigian
-Juruteknologi Pergigian
-Penolong Pegawai Farmasi

Bilangan Kekosongan: 1673

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

-Pembantu Pembedahan Pergigian
-Pembantu Kesihatan Awam

Bilangan Kekosongan: 194

Syarat-syarat Kelayakan

Antara syarat kelayakan adalah, para calon berusia tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan pula, anda perlu berusia kurang daripada 51 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Semua syarat kelayakan untuk membuat permohonan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil dan Diploma boleh dirujuk menerusi SPA

Tempoh Tutup Permohonan

Permohonan untuk jawatan ini boleh boleh dibuat menerusi laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

Kepada mereka yang sudah membuat permohonan untuk jawatan ini, anda tak perlu memohon semula. Anda perlu memastikan permohonan yang sudah dibuat itu tidak melebihi 1 tahun pada tarikh tutup permohonan bagi panggilan Januari 2017.

Untuk makluman anda, tarikh tutup permohonan adalah pada jam 11.59 malam yang bertarikh 15 Januari 2017.

Tempoh Menjalani Latihan Separa Perubatan

Sekiranya anda berjaya melepasi Ujian Separa Perubatan dan Temuduga, anda akan menjalani latihan selama 3 tahun untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan 2 tahun bagi Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil.

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

-Pembantu Pembedahan Pergigian
-Pembantu Kesihatan Awam

Tempoh Latihan: 2 Tahun
Biasiswa Latihan: RM755.06 sebulan

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

-Jururawat
-Penolong Pegawai Perubatan
-Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
-Juruteknologi Makmal Perubatan
-Juru X-Ray
-Jururawat (PSL)
-Juruterapi Pergigian
-Juruteknologi Pergigian
-Penolong Pegawai Farmasi

Tempoh Latihan: 3 Tahun
Biasiswa Latihan: RM835.57 sebulan

You Might Also Like

0 comments

Blog Archive

My BlogList