Panduan Menempah Nombor Pendaftaran Kenderaan

KALI ini saya akan kongsikan bagaimana caranya untuk menempah nombor untuk kenderaan baharu anda? Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan atau JPJ ada menyediakan panduan dalam portal mereka di KLIK DISINI

               Panduan Menempah Nombor Pendaftaran Kenderaan

Berikut merupakan kandungan laman tersebut. Setakat ini, permohonan belum lagi boleh dibuat secara atas talian atau online.

Kategori Nombor Pendaftaran:
a. Nombor-nombor Bernilai Utama
1     2     3     4     5     6     7     8     9     10

b. Nombor-nombor Menarik
11     12     13     14     15     16     17
18     19     22     28     33     38     55
66     77     88     99     111     222     333
555     666     777     888     999     1111     2222
3333     5555     6666     7777     8888     9999

c. Nombor-nombor Popular
20     21     23     24     25     26     27
29     30     31     32     34     35     36
37     39     40     41     42     43     44
45     46     47     48     49     50     51
52     53     54     56     57     58     59
60     61     62     63     64     65     67
68     69     70     71     72     73     74
75     76     78     79     80     81     82
83     84     85     86     87     89     90
91     92     93     94     95     96     97
98     100     200     300     400     500     500
700     800     900     1000     1001     1122     1221
1133     1331     1155     1551     1166     1177     1771
1188     1881     1199     1919     1991     2000     2002
2020     2211     2112     2233     2332     2255     25225
2552     2266     2662     2277     2727     2772     2288
2828     2882     2299     2929     2992     3000     3003
3030     3300     3131     3113     3322     3232     3223
3355     3535     3553     3366     3636     3377     3773
3388     3838     3399     3939     3993     4000     5000
5005     5515     5115     5522     5533     5353     5335
5566     5665     5577     5775     5588     5885     5599
5995     5000     5006     6611     6116     6622     6633
6336     6655     6556     6677     6776     6688     6868
6886     6699     6969     6996     7000     7007     7070
7711     7171     7117     7722     7227     7733     7373
7755     7557     7766     7667     7788     7878     7887
7799     7997     8000     8008     8811     8181     8118
8822     8228     8833     8383     8338     8855     8558
8866     8668     8877     8778     8899     8989     8998
900     9009     9911     9119     9922     9229     9933
9339     9955     9559     9966     9696     9669     9977
9779     9988     9898     9889

Mana-mana nombor pendaftaran lain yang menerima tempahan adalah termasuk di bawah kategori ini.

d. Nombor-nombor Semasa

Bermaksud suatu nombor pendaftaran dari kategori selain di atas.

Dokumen yang diperlukan:

NOTA : Semua dokumen hendaklah diisi ke dalam sampul surat , ditulis di luar sampul surat : ” TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN ” dan dimasukkan ke dalam peti tempahan yang disediakan.

Permohonan Menyertai Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran:

-M.V. 10
-Bayaran perkhidmatan RM 10.00.
-Bayaran deposit 50% daripada harga tempahan dan dikemukakan dengan bank draf/ kiriman wang/ wang pos atas nama “Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia”.
-Salinan Kad Pengenalan Pemohon (individu / syarikat) yang disahkan.
-Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan).
-Sampul surat bersetem dan beralamat sendiri.

Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran Secara Pilihan:

-M.V.10A
-Slip Bayaran yuran perkhidmatan RM10.
ASalinan Kad Pengenalan Pemohon / identiti pengenalan diri (pasport).
-Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan).

Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran (Kelulusan Khas):

-M.V.10B
-Surat Permohonan.
-Salinan Kad Pengenalan Pemohon / identiti pengenalan diri (pasport)
-Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan).

Keputusan:

PERINGATAN :
Pemohon yang berjaya dilarang sama sekali memberi/menjual nombor pendaftaran mereka kepada orang lain kecuali dengan pertimbangan khas dari Pengarah Negeri seperti kes pertukaran daripada ibu/bapa kepada anak, suami/isteri/anak dan individu kepada syarikat di mana ia menjadi Lembaga Pengarah.

Surat keputusan akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya dan tidak berjaya.
Bagi pemohon yang tidak berjaya,deraf bank/kiriman wang/wang pos akan dikembalikan.

Senarai nama dan nombor identiti pengenalan diri pemohon yang berjaya akan dipamerkan di JPJ Negeri/Cawangan yang menawarkan nombor pendaftaran tersebut.

Pemohon yang berjaya hendaklah menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat keputusan.
Pemohon yang telah menjelaskan bayaran hendaklah mendaftarkan nombor tersebut dalam tempoh TIGA (3) bulan dari tarikh bayaran dijelaskan.

Pemohon yang berjaya yang tidak menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh yang ditetapkan atau tidak mendaftarkan nombor pendaftaran yang ditawarkan dalam tempoh yang ditetapkan, maka nombor pendaftaran tersebut akan ditarik balik dan ditawarkan kepada pemohon lain yang berminat.

Penangguhan pendaftaran adalah tidak dibenarkan.

Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Nombor Pendaftaran adalah muktamad.

Harga Tempahan:

Harga tempahan minima bagi setiap nombor pendaftaran tertakluk kepada kategori nombor seperti berikut:

Nombor Bernilai Utama RM10,000.
Nombor Menarik RM 2,000.
Nombor Popular RM 300.
Nombor Semasa RM 300.

Maklumat Tambahan:

Tempoh tempahan akan ditutup pada jam 12.00 tengahari pada hari terakhir tawaran dibuka.

Bayaran yuran perkhidmatan RM10 boleh dibayar dimana-mana pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.

Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.