Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Rain Dan Kim Tae Hee

January 21, 2017

PENYANYI dan juga pelakon terkenal Korea Selatan, iaitu Rain dan aktres terkenal Korea Kim Tae-Hee telah melangsungkan perkahwinan mereka dalam satu upacara majlis yang sederhana di sebuah gereja Katolik di Seoul Korea Selatan pada 19 Januari 2017.

                 

Kedua-dua selebriti berkenaan saling bertukar-tukar hadiah perkahwinan dan melakukan upacara keagamaan di majlis tersebut yang dimana ianya hanya dihadiri oleh kaum keluarga, rakan-rakan rapat dan pegawai kanan agensi pengurusan masing-masing.

Antara selebriti-selebriti terkenal Korea yang dijemput ialah aktor Ahn Sung-ki, penyanyi Park Jin-young (JYP), Psy dan Park Jun-hyeong serta aktres Lee Honey yang belajar di universiti sama dengan Kim.

Rain dan Kim Tae Hee, kedua-duanya adalah merupakan penganut Katolik, pasangan yang sweet ini mengumumkan pertunangan mereka dua hari lalu tetapi tidak mendedahkan tarikh dan tempat perkahwinan mereka kerana mahukan majlis itu diadakan secara sederhana dan hanya dihadiri oleh kelurga terdekat sahaja.

Rain, 34, dan Kim, 37, mula berkenalan ketika mereka membuat rakaman iklan televisyen pada 2011 dan mula berpacaran secara rasmi pada 2012.

Hubungan mereka mula mendapat tumpuan meluas media tempatan dan juga luar negara kerana mereka kedua-duanya adalah selebriti terkenal dalam industri hiburan di Korea. Rain juga mempunyai ramai peminat-peminat di negara Asia lain dan juga seluruh dunia.

                Image result for kim tae hee
                             Kim Tae Hee

Apabila Rain dan Kim Tae Hee berkongsikan gambar majlis perkahwinan mereka itu, rata-rata para peminat mereka di seluruh dunia mengucap tahniah dia atas majlis perkahwinan mereka yang simple, sweet dan nampak begitu bahagia itu.

                 Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Rain (Jung ji Hoon) Dan Kim Tae Hee

                 rain & kim tae hee kawin

You Might Also Like

0 comments

Blog Archive

My BlogList