Facebook FSR Technology Menawarkan Hadiah Honda RS150R

DALAM banyak-banyak peraduan palsu oleh page-page Facebook tidak bertanggung-jawab, rupanya ada satu yang memang benar-benar menawarkan hadiah sebuah motosikal Honda RS150R.

               

FSR Technology & TuneBoss ECU Malaysia, sebuah syarikat tempatan di mana anak-anak Melayu yang mahir dalam bidang penalaan ECU motosikal bakal menyambut ulangtahun keenam mereka Februari ini dan sempena itu, mereka melancarkan peraduan Facebook dan pemenang utama akan memenangi motosikal Honda RS150R lengkap dengan ECU TuneBoss mereka.

1. Pertandingan terbuka kepada rakyat Malaysia sahaja.

2. Pergi ke page FSR Technology and TuneBoss ECU di Facebook dan “like” page tersebut.

3. Kongsi (share) posting pertandingan tersebut KLIK DI SINI di page Facebook anda sendiri.

4. Tulis komen “Done” di posting pertandingan tersebut.

FSR akan mengumumkan pemenangnya pada 1 Mac nanti dan pemenang bertuah akan menerima hadiah motosikal tersebut di pusat jualan mereka di 43, Jalan PJU 1A/18, Ara Damansara, Petaling Jaya, Malaysia.

Selamat mencuba!

0 comment... add one now