Cara Beli Nombor Pin Unik UPU Di BSN

January 25, 2017

BAGI mereka yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, anda perlu membeli Nombor Pin Unik ID UPU terlebih dahulu bagi membuat permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik dan ILKA. Anda boleh mula untuk membeli Nombor Pin Unik UPU bagi sesi 2017/2018 pada 6 Februari 2017.

Cara Beli Nombor Pin Unik UPU Di BSN

Cara Beli Nombor Pin Unik UPU Di BSN

Berikut adalah 2 langkah untuk membeli Nombor Pin Unik di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN):

1-Kaunter BSN

Pergi ke mana-mana cawangan Bank BSN yang berhampiran dengan rumah anda dengan membawa kad pengenalan dan RM7 untuk membeli nombor pin.

2-ATM (Automated Teller Machine)

-Anda perlu memasukkan kad bank.
-Anda perlu memasukkan nombor pin yang betul.
-Anda perlu pilih Urusan - 'Beli Pin'
-Anda perlu pilih Jenis Permohonan -' IPTA'
-Anda perlu pilih Jenis Program IPTA - contohnya 'SPM' atau "STPM"
-Anda perlu memasukkan nombor Kad Pengenalan / My Kad
-Anda perlu pilih 'YA' untuk meneruskan urusan
-Anda perlu klik' SETUJU 'untuk meneruskan urusan atau' BATAL ' untuk membatalkan urusan dan resit perlu dicetak.

Semoga bermanfaat kepada anda yang ingin membuat permohonan kemasukan IPTA, Politeknik dan ILKA!

You Might Also Like

0 comments

Blog Archive

My BlogList