Video Muzik Catatan Tontonan Paling Tinggi Tahun 2016

December 30, 2016

                 Image result for muzik 2016

Nampaknya tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya dan tahun 2017 akan menyusul tidak lama lagi. Disini saya akan senaraikan video muzik antarabangsa yang mendapat catatan jumlah tontonan tertinggi sepanjang tahun ini.

Vevo telah mengeluarkan senarai video muzik paling banyak ditonton sepanjang tahun 2016. Berikut adalah lima video muzik yang mencatat jumlah tontonan tertinggi.

Tangga Kelima
Justin Bieber – “What Do You Mean?”
Jumlah tontonan: 1,002,151,667

Justin Bieber - What Do You Mean

Justin mencipta banyak kejayaan menerusi album Purpose, selain banyak tercalon di dalam anugerah bersifat popular. Justin juga membuktikan dia juga mampu memenangi hati juri profesional apabila dia turut dicalonkan dalam beberapa kategori utama di Grammy Awards yang bakal berlangsung awal tahun hadapan.

Tangga Keempat
Calvin Harris – This Is What You Came For (ft. Rihanna)
Jumlah tontonan: 1,008,115,358

Calvin Harris – This Is What You Came For (ft. Rihanna)

Video muzik ini diarahkan oleh Emil Nava dan untuk arahan fotografinya disempurnakan oleh Martin Coppen. Tambah panas, kisah di sebalik lagu ini terbongkar pabila hubungan cinta antara Calvin harris dan Taylor Swift terputus di tengah jalan, yang mana khabarnya Taylor ada menyumbang suara dalam lagu yang dilancarkan pada bulan Jun 2016 ini.

Tangga Ketiga
Fifth Harmony – Work From Home (ft. Ty Dolla $ign”
Jumlah tontonan: 1,173,014,751

Fifth Harmony – Work From Home (ft. Ty Dolla $ign”

Siapa sangka video muzik lima gadis seksi ini mampu menarik perhatian seluruh dunia. Work From home adalah single sulung bagi album kedua mereka, 7/27. Lagu dan video ini juga meraih banyak anugerah termasuk Collaboration of the Year di American Music Awards dan MTV Music Awards.

Tangga Kedua
Adele – Hello
Jumlah tontonan: 1,255,754,358

Adele - Hello

Single pertama daripada album ketiga Adele berjudul 25 menduduki tangga kedua. Salah satu babak yang mendapat perhatian dalam video muzik ini ialah apabila Adele dilihat masih menggunakan telefon bimbit lipat, bukannya telefon pintar.

Tangga Pertama
Justin Bieber – Sorry
Jumlah tontonan: 1,824,823,909

Justin Bieber - Sorry

Bintang pop kelahiran Kanada, Justin Bieber mengungguli tangga pertama dengan single keduanya daripada album Purpose. Biarpun dilancarkan pada penghujung Oktober 2015, namun lagu ini mendapat tempat menjelangnya tahun 2016.


You Might Also Like

0 comments

Blog Archive

My BlogList