Semakan Keputusan Peperiksaan Melalui SAPS Ibu Bapa 2017

December 09, 2016
MESTI anda pernah terbaca atau terdengar tentang sistem SAPS kan! SAPS Ibu Bapa ialah satu sistem aplikasi online yang diwujudkan bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak.

             Semakan Keputusan Peperiksaan Melalui SAPS Ibu Bapa 2017

Sistem ini hanya memaparkan rekod keputusan peperiksaan pelajar dari Darjah 1 hingga Darjah bagi Sekolah Rendah manakala Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 bagi Sekolah Menengah. Tapi bagaimana untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak anda melalui sistem ini?

Disini saya akan kongsikan cara semakan keputusan peperiksaan melalui sistem SAPS Ibu Bapa.

Semakan Keputusan Peperiksaan Melalui SAPS Ibu Bapa 2017

1-Anda perlu layari laman web di https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/

2-Masukkan No. Sijil Lahir atau No. Kad Pengenalan Pelajar untuk membuat semakan

3-Buat pilihan samada sekolah rendah atau sekolah menengah

4-Anda boleh pilih tahun peperiksaan yang anda ingin buat semakan

5-Masukkan kod pengesahan sebagai langkah keselamatan

6-Anda akan lihat ruangan semak dan klik pada 'Semak' tersebut dan keputusan peperiksaan akan terpapar di skrin anda

Semoga bermanfaat!

You Might Also Like

0 comments

My Special Bloglist

My BlogList