Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2017

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2017

Berita baik bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi, terutama yang berasal dari Sabah, untuk anda berpeluang untuk mendapat bantuan biasiswa kerajaan negeri Sabah. Bagaimana cara untuk membuat permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2017?

Berikut adalah cara permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2017:

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2017

Bagi tahun 2017, permohonan biasiswa kerajaan negeri Sabah (BKNS) belum lagi dibuka. Anda boleh melayari laman web di pautan http://www.biasiswa.sabah.gov.my/default.asp untuk info dari semasa ke semasa.

Mereka yang layak memohon adalah:

Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus yang disenaraikan:

A-BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN

1-Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)

-Kejuruteraan
-Kesihatan dan Syarikat Ternak
-Seni Bina (Architecture)
-Pertanian
-Perakaunan
-Sains Tulin
-Juru Ukur
-Teknologi Maklumat

2-Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)
-Perubatan
-Pengajian Islam
-Pergigian
-Matematik
-Perubatan Veterinar
-Sains Tulen (Biologi / Kimia / Fizik)
-Farmasi
-TESL
-Kejuruteraan
-Psikologi
-Ukur Bahan
-Sains Komputer
-Seni Bina (Architecture)
-Ekonomi
-Sains dan Teknologi
-Makanan
-Perakaunan
-Sains Bioteknologi
-Pentadbiran
-Perniagaan
-Akuakultur
-Pelancongan dan Hospitaliti
-Sains Biologi Marin
-Undang-Undang
-Sains Alam Sekitar
-Pengurusan Ladang
-Perikanan
-Pertanian
-Perhutanan
-Muzik
-Komunikasi
-Pendidikan
-Pengangkutan dan Logistik
-Teknologi Maklumat

B-KELAYAKAN MEMOHON

1.Had Umur
Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun. Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.

2.Kelayakan Akademik
Kursus Diploma
-Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam lima ( 5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran.
Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.

Kursus Sarjana Muda
-Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf
-Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.5
-Lulus Foundation dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.5

Perubatan, Pergigian dan Farmasi
-Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5 di peringkat STPM / Diploma / Matrikulasi. Tawaran biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja.
-Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) kecuali
Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.5 keputusan semasauntuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.

C-CARA MEMOHON

Permohonan dibuat melalui online dengan hanya melayari di pautan http://www.biasiswa.sabah.gov.my/
mulai 10 Mac 2017. Pemohon mestilah mempunyai email peribadi masing-masing.

Tarikh tutup permohonan ialah 11 April 2017. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.

0 comment... add one now