Contoh Surat Cuti Sekolah Yang Mudah

ANDA pernah buat surat apabila cuti sekolah tak? Mesti anda terfikir bagaimana hendak buat surat cuti sekolah yang simple? Disini saya akan kongsikan contoh surat cuti sekolah yang mudah yang anda boleh jadikan sebagai panduan.

            Contoh Surat Cuti Sekolah Yang Mudah

Surat ini dibuat bertujuan untuk memberitahu pihak sekolah bahawa pelajar tersebut tidak dapat hadir ke sekolah atas disebabkan beberapa perkara misalnya sakit, balik ke kampung, lewat bangun dan ketinggalan bas sekolah.

Contoh Surat Cuti Sekolah Yang Mudah

Muhd Lokman Nurhakim B. Ramli,

5 Lorong Selasih 2/3 Taman Selasih,

09000 Kulim, Kedah.

                                                                            

Kepada,

Guru Kelas Tingkatan 5A2,

Taman Cengal Jalan 5,

09000 Kulim, Kedah.

20 September 2016


Tuan,

Per: Tidak Hadir Ke Sekolah

Merujuk perkara di, saya Zalina Ros Bt. Mohamed, penjaga kepada Muhd Lokman Nurhakim B. Ramli, pelajar Tingkatan 5A2, ingin menjelaskan ketidakhadiran anak saya pada 15 September 2016 lalu.

2. Untuk pengetahuan tuan, pada malam sebelumnya (14 September 2016) anak saya telah mengalami demam panas yang tinggi dan telah berjumpa doktor di hospital. Atas nasihat doktor, saya mengambil keputusan untuk merehatkan anak saya di rumah.

3. Dengan ini saya sertakan surat cuti sakit yang berikan doktor kepada saya.

Segala perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Yang benar,
                              
(Zalina Ros Bt. Mohamed)

Semoga bermanfaat!

0 comment... add one now