Cara Semak Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Secara Online dan SMS

KINI dengan pelbagai kecanggihan teknologi semua kerja boleh dicari di hujung jari sahaja. Sekarang, Kakitangan Awam yang membuat pinjaman perumahan daripada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) boleh membuat semakan pinjaman mereka secara online atau melalui SMS. Tapi bagaimana caranya?

              

Disini saya akan kongsikan semakan pinjaman Perumahan Kerjaaan secara online dan SMS.

Semakan Pinjaman LPPSA Secara Online

-Anda boleh pergi ke portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) di alamat: https://sppb.lppsa.gov.my/v2/

Pengguna baru hendaklah mendaftar terlebih dahulu DI SINI sebelum dapat mengakses perkhidmatan di portal SPPB seperti semakan status permohonan baru, status bayaran balik pinjaman, status bayaran kemajuan, status penghantaran hakmilik, status baki pinjaman dan penyata tahunan.

Semakan Pinjaman LPPSA Melalui SMS

1-Menyemak Baki Pinjaman Perumahan

Taipkan:
LPPSA <jarak> BAKI <jarak> [No Kad Pengenalan] dan Hantarkan SMS ke 15888

2- Menyemak Status Permohonan Pinjaman Perumahan

Taipkan LPPSA <jarak> STATUS <jarak> [No Kad Pengenalan] dan Hantarkan SMS ke 15888

3-Kepada Menu Servis LPPSA

Taipkan LPPSA <jarak> MENU dan Hantarkan SMS ke 15888

Semoga bermanfaat!

0 comment... add one now