Cara Ketahui Tayar Yang Dijual Itu Lama Atau Baru

December 15, 2016

Tahukah anda cara hendak mengetahui samada tayar kenderaan anda beli itu lama atau tidak? Keadaan tayar yang baik sememangnya akan memastikan pemanduan anda lebih terkawal dan tidak melibatkan kemalangan yang tidak diingini. Bagi seorang pemandu yang kerap memandu, mereka akan tahu bila mana perlu untuk menukar, atau mengisi angin tayar kenderaan.

Namun begitu, sukar untuk mendapatkan tayar yang berkualiti baik, dengan harga yang mampu milik.

Bilakah masa hendak menukar yang baharu, risau juga takut-takut nanti tersalah beli tayar, atau tidak pasti untuk membeli tayar baharu atau 'tayar korek'.

Info Tentang Tayar Kenderaan



1. Kod Tayar Kenderaan

Contoh 205/65 / R1594H
205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum
bebanan
H = Had Maksimum
Kelajuan 210km / jam

Lihat Abjad yang last

S = Maksimum Had Laju
180 km / jam
T = Maksimum Had Laju
190 km / jam
U = Maksimum Had Laju
200 km / jam
V = Maksimum Had Laju
240 km / jam
Z = Maksimum Had Laju
240 km / jam
W = Maksimum Had Laju
270 km / jam
Y = Maksimum Had Laju
300 km / jam

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka

Tercatat Di Sisi Tayar: Contoh 0516

Indeks ini menunjukkan Pada Minggu Ke 5 Tahun 2016. Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan. Tayar baharu yang berusia lebih daripada LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016):

2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = PERCUMA

Semoga bermanfaat!

You Might Also Like

2 comments

  1. Info yang baik.. TQ lokman.. Baru tau tyre ada tempoh masanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kak...boleh tau dah skrg tayar baru tak..hihi

      Delete

My Special Bloglist

My BlogList