7 Tips Berguna Membeli-belah Secara Online Secara Selamat

Tips Beli Belah

Hari cuti merupakan hari tempat peniaga online membuat jualan secara besar-besaran dengan menawarkan pelbagai barangan dan harga yang membuatkan anda rambang mata untuk membelinya. Walaupun membeli-belah secara online lebih menguntungkan dan boleh mengelakkan kesesakan di tengah bandar, masih terdapat banyak laman web yang tidak jujur. Jika anda ragu-ragu dan masih lagi membezakan antara laman web untuk membeli secara selamat.

Disini saya akan kongsikan 7 perkara yang anda perlu tahu ketika membeli-belah secara online.

1. Membuat kajian anda sendiri

Walaupun laman web yang anda beli mempunyai syarikat, tidak semestinya anda akan dapat apa yang anda janjikan. Ramai yang terpedaya dengan iklan yang menarik dan menyerlah, tidak berfikir sebelum mereka menekan butang pembelian. Untuk mengelakkan dari melakukan pembaziran membeli barangan yang bukan keperluan, lebih baik anda ambil sedikit masa untuk melakukan sedikit kajian tentang apa yang anda mahu beli.

2. Membeli dari laman web yang mempunyai sekuriti

Sekiranya anda akan berkongsi maklumat peribadi seperti alamat dan nombor kad kredit dengan sebuah syarikat, pastikan maklumat anda dilindungi dengan selamat oleh laman web tersebut. Bagaimana anda tahu laman web tersebut adalah selamat? Perkara pertama yang perlu dicari adalah alamat yang mempunyai "https:"
"https:" melambangkan bahawa laman web tersebut adalah selamat dan maklumat anda akan kekal rahsia.

3. Kunci kelulusan dari pihak ke-3

The Better Business Bureau (BBB), VeriSign, Truste dan BizRate, antara cop yang biasanya digunakan oleh kebanyakan laman web yang menjual barangan secara online. Ini menandakan bahawa syarikat yang menpunyai cop itu boleh dipercayai dan ia mempunyai reputasi online yang baik.

4. Semak ulasan dari pengguna lain

Melihat ulasan dari pihak ketiga kadang kala memberikan petunjuk yang baik untuk membeli sesuatu barang secara online kerana mereka mempunyai pengalaman tersebut sebelum anda. Kadang kala ulasan pengguna ini datangnya dari kemarahan dan terlalu gembira sebagai contoh barang yang dibeli hanya terlambat sampai satu hari atas kesalahan syarikat penghantar barang bukan dari syarikat yang anda beli barang.

5. Pastikan syarikat jualan yang anda beli itu mudah dihubungi

Ini adalah panduan baik untuk diikuti apabila cuba untuk mengetahui sama ada syarikat itu sah dan melihat sama ada ia mendedahkan lokasi fizikal mereka dengan alamat sebenar sama ada cawangan runcit atau lokasi ibu pejabat. Berhati-hati dengan syarikat-syarikat yang hanya boleh dicapai melalui borang kenalan.

6. Bayar gunakan kad kredit

Kad kredit adalah salah satu cara pembayaran paling selamat dan pantas untuk melakukan pembayaran secara online. Pembayaran melalui cara ini meninggalkan rekod dengan bank dan sentiasa dilindungi daripada pembayaran yang tidak sah atas akaun anda. Pastikan anda sentiasa memeriksa penyata kad kredit anda supaya tiada caj yang bukan kehendak anda dikenakan atas akaun anda.

7. Simpan resit pembelian dan memeriksa pembelian semasa penghantaran

Setelah anda membuat pembayaran, ambil gambar atau cetak keluar bukti pembayaran tersebut supaya ia boleh menjadi bukti pembelian apabila datang masalah pada anda. Mempunyai rekod memudahkan anda untuk menyelesaikan masalah tersebut. Apabila penghantaran barang sampai, periksalah barangan tersebut supaya barangan yang sampai itu betul, lengkap dan tiada kerosakan.

Membeli-belah secara online memang cara terbaik untuk menjimatkan masa dan dapat mengelakkan dari beratur panjang di kaunter pembayaran. Semoga bermanfaat!

2 comments.. read them below or add one

PeRdU cINta PeRdU cINta December 01, 2016
Guidelines berguna ni...takut masa membeli klik..klik..klik..ikut selerakan...baik beringat..
Lokman Hakim Lokman Hakim December 02, 2016
Haah..btol tu PC..beringat dulu sblum terkena