4 Sebab Anda Perlu Tonton Filem ‘Rogue One: A Star Wars Story’ Di Pawagam

December 18, 2016

                Image result for Rogue One: A Star Wars Story

Bagi peminat setia filem Star Wars, saya jamin pasti ramai yang sudah tonton filem ini kan? Pelbagai reaksi atau review diberikan oleh peminat selepas menonton filem ini. Rogue One : A Star Wars Story merupakan karya spin-off untuk franchise Star Wars ini.

Filem Rogue One ini jika di dalam franchise Star Wars terletak di antara Star Wars: Episode III – Revenge of the Sith dan Star Wars: A New Hope dan setiap watak dalam Rogue One tidak mempunyai hubungan secara terus dengan watak-watak dalam Episode 1 hingga Episode 7.

Disini saya ingin kongsikan sebab kenapa anda perlu tonton filem ini dipawagam. Jom tengok dibawah:

1. Plot cerita yang mudah difahami

               Image result for Rogue One: A Star Wars Story

Jika anda bukan peminat setia Star Wars pun boleh enjoy filem ini. Plot cerita ini tidak lari dari episod Star Wars yang lain; Rebellion versus The Empire. Ianya berkisahkan tentang sekumpulan manusia dan robot yang bekerjasama untk mendapatkan pelan kapal perang Death Star milik The Empire.

Filem ini terletak di antara Episode 3 dan Episode 4. Jadi boleh dikatakan filem ini adalah prequel untuk Episode 4. Anda boleh lihat pada video di bawah di mana Mon Mothma menerangkan tentang pelan Death Star kepada Han Solo dan Leia.

2. Kekuatan Setiap Watak Rogue One

                Image result for Rogue One: A Star Wars Story

Setiap watak mempunyai karektor mereka yang tersendiri dan mempunyai peluang untuk bersinar dalam filem ini. Watak paling menarik dalam filem ini semestinya Chirrut Îmwe, Baze Malbus dan K-2SO. Mereka bertiga berjaya menghiburkan penonton dengan lawak one liner yang kena pada masanya.

3. Darth Vader

Walaupun watak Darth Vader hanya muncul beberapa minit dan di hujung-hujung, tetapi kekuatan watak Darth Vader ini memang tidak dapat dinafikan. Ada peminat Star Wars yang pergi menonton Rogue One hanya untuk melihat Darth Vader. Beliau memang Jedi terkuat pernah dilatih tetapi disebabkan ada perasaan dendam di dalam hati, beliau terpengaruh ke dark side dan menjadi pemimpin Empire.

4. Merchandise Rasmi Rogue One: A Star Wars Story

Kalau dah tengok filem ini nanti, takkanlah tak nak beli merchandise rasmi Rogue One. Sehingga 31 Disember 2016 ini, anda boleh membeli merchandise rasmi Rogue One di pasaraya Giant. Barangan seperti Tin Lunch Box, Travel Luggage, Death Star Umbrella dan Drawstring Bag boleh dibeli dan dikumpul oleh para peminat.

Keseluruhan filem ini adalah filem wajib tonton untuk semua. Walaupun anda bukan seorang peminat Star Wars, anda pasti boleh layan filem ini. Memang puas hatilah tengok filem ni!

You Might Also Like

0 comments

Blog Archive

My BlogList